Anda di halaman 1dari 5

Seorang Mukmin Perlu Sentiasa Bersyukur

Dengan Nikmat Allah SWT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah sementara, akhiratlah kehidupan yang kekal
abadi. Janganlah kita merasa seolah-olah umur kita masih panjang
kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada kelalaian.
Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah.
Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala
kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru,
Allah membalasnya dgn melimpahkan nikmat yg lebih baik.
Allah berfirman yang bermaksud: " Maka ingatlah Aku nescaya Aku
akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah
sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. (Surah al-Baqarah, ayat 152).
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa
mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan
menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan
orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan
apa yg dimilikinya.
Manusia bukan sahaja tidak pandai berterima kasih kepada sesama
manusia, malah tidak pandai berterima kasih kepada Allah; Tuhan yang
mencipta, menjaga dan memberi nikmat yang tidak terhitung. Berterima
kasih kepada Allah itulah yang dinamakan bersyukur.
Dalam bahasa mudah, syukur itu ialah seperti yang diungkapkan oleh
mam al-Jurjani: "Suatu ungkapan atau penyataan kerana memperoleh
nikmat, baik secara lisan, tindakan mahupun hati."
Bersyukur itu sangat sukar. Sukarnya untuk manusia bersyukur ini
ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Sangat
sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba' (34) ayat
13)
Sifat syukur itu wajib ada pada setiap orang slam. a salah satu
daripada sifat mahmudah yang wajib dipelajari, difahami dan diamalkan
oleh setiap mukallaf. Manusia yang tidak berterima kasih kepada
manusia pun sudah dikira tidak beradab, apatah lagi jika manusia tidak
bersyukur kepada Allah.
Oleh sebab itu, Allah mendidik manusia supaya bersyukur kepada Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ya Tuhanku, tunjukkanlah
kepadaku bagaimana mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau beri
kepadaku dan kepada ibu bapaku. Jadikanlah amal perbuatanku sesuai
dengan keredaan-Mu dan berikanlah kebaikan kepadaku berlanjutan
sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu
dan aku ialah orang yang berserah diri."
(Surah al-Ahqaf (46) ayat 15)
Sifat syukur tidak boleh dipaksa. a perlu muncul dari dalam hati dengan
kerelaan. Manusia diberi pilihan, sama ada untuk bersyukur atau
sebaliknya. Jika manusia memilih untuk bersyukur, itu adalah baik
untuknya. sebaliknya jika memilih untuk tidak bersyukur, akibat buruknya
ditanggung sendiri.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang
Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu
kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah
menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang
kafir." (Surah al-nsan (76) ayat 2-3).
Namun, kerana kasih sayang-Nya, Allah SWT mengulang-ulang kalimah
syukur dan kalimah-kalimah lain yang berkaitan dengannya sebanyak
60 kali dalam al-Quran. Allah SWT ingin mendidik manusia akan peri
pentingnya sifat syukur. Maha Suci Allah yang tidak akan meletakkan
sesuatu yang tidak penting dalam kitab-Nya yang agung dan mulia.
Sekiranya disebut sekali sahaja, itupun sudah memadai untuk
membuktikan kepentingannya, apatah lagi diulang-ulang sebanyak itu.
Tegasnya, syukur itu satu sifat yang sangat penting diketahui, difahami
dan diamalkan.
Apa erti syukur?
Dari segi bahasa, syukur maknanya pujian. Yakni pujian apabila
mendapat kebaikan atau kelebihan kepada pihak yang memberi
kebaikan dengan menyebut kebaikannya. Apabila manusia menghargai
kelebihan yang ada pada dirinya, maka itulah modal awal untuk
bersyukur. Jadi, sudah sewajarnya setiap manusia bersyukur kerana
setiap manusia mempunyai kelebihan. Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu
tidak akan terhitung."
(Surah brahim (14) ayat 34)
Sedarilah kita bahawa kita mempunyai kelebihan, kemudian hargai
kelebihan itu. itulah langkah awal untuk bersyukur. Sebaliknya, orang
yang kufur (dalam konteks ini kufur nikmat), hanya nampak kekurangan
lalu mengeluh atau "menyumpah" kekurangan itu. Orang yang bersyukur
akan rasa cukup dengan yang sedikit. Sebaliknya, orang yang kufur
tidak akan puas dengan yang banyak.
Sahabat yang dimuliakan,
Kalimah syukur juga bererti penuh atau lebat. Jika diibaratkan pokok, ia
mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Maka begitulah orang yang
bersyukur, rezekinya akan subur. kesan bersyukur, rezekinya yang
sedikit akan ditambah oleh Allah menjadi banyak. nilah yang
dimaksudkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: "Jika
kamu bersyukur, sungguh pasti Aku akan tambah apa yang ada pada
diri kamu. (Surah brahim (14) ayat 7)
Rahsia ketenangan dan kejayaan adalah dengan menghitung
kesyukuran, bukan kesukaran. maksudnya, dalam apa-apa keadaan
sekalipun, hendaklah berfikir secara positif dengan melihat kepada
kelebihan, bukan kekurangannya. Orang yang bersyukur akan berusaha
menampakkan kesan nikmat Allah kepada dirinya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh mam Tirmizi
daripada Amru bn Shuaib: "Sesungguhnya Allah suka diperlihatkan
kesan daripada nikmat-nikmatNya"
Namun menampakkan kesan nikmat tidak sama dengan sifat menunjuk-
nunjuk. Menampakkan kesan nikmat dibuat dengan hati yang
mengingati Allah (zikrulla). Tujuan menampakkan kesan nikmat adalah
untuk menunjukkan kebesaran Allah yang mengurniakan nikmat itu.
Sebaliknya, perbuatan menunjuk-nunjuk dibuat dengan tujuan mahu
menonjolkan diri.
Sahabat yang dikasihi,
Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau
apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas
ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia
serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah kekayaan itu
dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan
jiwa. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Orang yang mampu bersyukur hanyalah mereka yang dapat melihat
kelebihan diri. namun kelebihan itu dirasakan milik Allah, bukan milik
dirinya. Apabila bersyukur kita memuji Allah, bukan memuji nikmat atau
memuji diri sendiri. Wallahua'lam.

Anda mungkin juga menyukai