Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja
kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk menjayakan Majlis
Pelancaran Program Remaja Berwawasan yang diadakan di SMK Sungai Kertas pada pagi
yang barokah ini.

Ya Allah,
Jadikanlah segala amalan baik kami pada hari ini, sebagai ibadah kami kepadaMu.
Tunjukkan kepada kami cahaya kebaikan.
Tingkatkan iman kami. Kurniakan kepada kami kekuatan rohani dan jasmani agar dapat
kami menjalankan kehidupan dan tanggungjawab kami dengan penuh dedikasi, amanah
dan sempurna.

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut. Muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan. Hindarkanlah kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh.

Ya Allah,

Jadikanlah murid-murid di sekolah ini seorang yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu.
Jadikanlah mereka golongan yang sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur. Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, dengan penuh ketaakulan
agar majlis ini akan menjadi wadah untuk kami sama-sama menggembeling tenaga untuk
mencapai kecemerlangan.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami,
keluarga kami, anak-anak didik kami di sekolah ini, serta sahabat-sahabat seperjuangan
kami dalam bidang pendidikan.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai