Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Anugerah Motivasi UPSR/PMR/SPM Teguh Intelek

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,



Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit, yang mencukupkan segala permintaan,yang memaafkan
segala dosa, yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia Maha mendengar dan
Maha mengetahui.

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Motivasi dan Teknik
Menjawab UPSR/PMR/SPM anjuran Pusat Tuisyen Teguh Intelek pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah, Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam
seluruh hidup kami . Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja, hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta
badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi negeri yang
cemerlang, terbilang , negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur. Jadikanlah mereka pelajar-
pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri
nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami ,
anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul
dikalangan kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai