Anda di halaman 1dari 2

Karangan Bahagian B

Karangan Cemerlang
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan keluarga
saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari. Suasana yang berlainan daripada tradisi
masyarakat setempat yang tentu sahaja berbeza daripada tradisi masyarakat di tempat saya menambahkan
keterujaan saya untuk terus meneroka pulau yang penuh bersejarah ini.

Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Penerbangan ini hanya memakan masa selama 25 minit. Sekitar
pukul 11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Perasaan gembira
bercampur teruja jelas sekali menguasai diri saya dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya
segera bergambar bersama-sama.Setelah selesai bergambar, kami telah dijemput oleh pemandu pelancong
tempat yang akan kami menginap. Kalau diikutkan sahaja gerak hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi
Pulau Mahsuri ini namun, atas menghormati permintaan ibu yang meminta agar kami berehat sahaja dahulu di
hotel terpaksa saya turuti.

Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri sebentar di hotel sudah
tentu Pantai Chenang yang merupakan destinasi yang paling popular di Pulau Langkawi ini. Keindahan Pantai
Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan melalui kata-kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang
untuk bergambar di sini. Orang yang paling gembira akan kunjungan kami ke pantai ini tentu sahaja adik lelaki
tunggal saya, Adnan. Dia berasa sangat seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat
mandi-manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.

Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Cik Rashid mengelilingi
pulau ini. Kami sekeluarga juga telah dibawa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik dan bersejarah di pulau
ini.Antara tempat yang telah kami lawati ialah Underwater World, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat
Cincang, kilang minyak gamat,Tasik Dayang Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati apabila berada di
pulau ini iaitu Makam Mahsuri. Selepas penat mengunjungi tempat-tempat ini, kami telah dibawa oleh beliau
untuk menjamu selera.

Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah satu pusat beli-belah terletak di
Pekan Kuah yang dikenali di seluruh negara. Kami telah menghabiskan masa dengan membeli pelbagai jenis
cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan untuk ahli keluarga yang tidak dapat
menyertai lawatan ini.


Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami sewaktu berkunjung ke
sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat di kotak minda saya ini.

Karangan Bahagian A


CONTOH 2

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Contoh Karangan Cemerlang

Kadar obesiti penduduk di negara ini sudah meningkat. Amalan gaya hidup sihat amatlah penting
terutamanya pemakanan. Oleh itu, terdapat beberapa amalan pemakanan yang sihat. Kita haruslah
mengurangkan makan makanan yang mempunyai lemak, minyak, gula dan garam. Jika kita tidak
mengurangkan makanan yang mempunyai lemak, kadar obesiti akan bertambah. Selain itu, kita haruslah
banyak bersenam. Dengan aktiviti ini, kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Di samping itu, makan
mengikut waktu secara terancang juga penting. Kesimpulannya, amalan pemakanan amat penting, bak
kata mutiara badan cergas, otak cerdas.


(84 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai