Anda di halaman 1dari 2

Karangan Lengkap Usaha memperkenalkan dan mempopularkan seni dan

budaya kita
Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula
semakin hari semakin bijak. Dalam pada itu, seni dan budaya negara kita
semakin dipandang sepi. Isu ini sering terpampang di dada-dada akhbar dan
terdengar di corong-corong radio. Isu ini juga sering menjadi buah
mulut dalam kalangan masyarakat kita. Apakah yang harus kita lakukan untuk
memperkenalkan dan mempopularkan seni dan budaya kita? Hakikatnya,
terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan.
Usaha yang utama dalam hal ini ialah peranan daripada pihak kerajaan.
Pihak kerajaan bolehlah menggalakkan orang ramai untuk menampalkan iklaniklan atau poster-poster pada bangunan-bangunan, bas-bas awam ataupun teksiteksi untuk mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara kita.
Dengan cara ini, seni dan budaya kita akan dikenali oleh pelancong-pelancong
yang datang ke negara kita.
Selain itu, pihak sekolah bolehlah memainkan peranan dalam hal ini.
Pihak sekolah boleh mengadakan hari terbuka yang memasukkan program
pertukaran pelajar antara negara. Contohnya, sebilangan pelajar terpilih dari
negara kita akan ke luar negara dan sebilangan pelajar dari luar negara
berkunjung ke negara kita. Jadi jelaslah di sini bahawa dengan cara ini seni dan
budaya negara kita akan dipromosikan.
Seterusnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti tahun melawat Malaysia.
Dalam aktiviti ini, kita akan mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di
negara kita. Contohnya, seni tari, pakaian dan makanan. Mereka yang
berkunjung ke aktiviti ini akan mengenali seni dan budaya Malaysia. Jadi
jelaslah di sini bahawa aktiviti tahun melawat Malaysia akan dapat
mempromosi negara kita.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam
memperkenalkan dan mempromosikan negara kita di luar negara. Bak kata
peribahasa, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dengan kerjasama yang
ditunjukkan sekali gus dapat memperkenalkan dan mempopularkan seni dan
budaya Malaysia ke arena antarabangsa. Nama negara kita akan terkenal
di seantero dunia.
Oleh
itu,
rakyat
negara
kita
akan
terus
dapat mengekalkan seni dan budaya tradisi yang terpelihara sejak dari dulu
lagi.
Latihan mengembangkan isi (2 isi)
- Kita bolehlah menggunakan artis-artis tersohor tanah air untuk mendendangkan
lagu yang mempunyai unsur-unsur seni dan budaya yang terdapat di Malaysia.

- Kita juga boleh menggalakkan orang ramai menyertai kempen-kempen dan


ceramah yang mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di tanah air kita.

Anda mungkin juga menyukai