Anda di halaman 1dari 4

Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif

Ayat aktif pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) benda yang kena buat terletak di belakang (predikat ayat) Kata kerja berimbuhan meN., men..kan dan men..i. Contoh : Ali sedang memancing ikan. Ali = pelaku (di depan) ikan = benda kena buat (di belakang) Ayat pasif benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat). Kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Pelaku kata ganti nama diri pertama dan kedua mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu dipancing oleh Ali. (pelaku diri ketiga)

LATIHAN: Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.
Ayat Aktif (1) Saya mencuci kasut sekolah. (2) Kita menerima keputusan itu. (3) Aku akan memetik bunga itu. (4) Kami sudah menyusun jadual itu. (5) Anda harus menyiapkan kerja itu. (6) Awak mesti menyerahkan surat itu. (7) Engkau patut memulangkan duitnya. (8) Kamu perlu membaiki kereta itu. (9) Mereka mengecat bangunan. (10) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (11) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (12) Dia sedang menjahit baju. (13) Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. (14) Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

Ayat Pasif

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka. _____________________________________________________________________________________________ 2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. _____________________________________________________________________________________________ 3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. _____________________________________________________________________________________________ 4. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu _____________________________________________________________________________________________ 5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas. _____________________________________________________________________________________________ 6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul. _____________________________________________________________________________________________ 7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti. _____________________________________________________________________________________________ 8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar. _____________________________________________________________________________________________ 9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan. _____________________________________________________________________________________________ 10. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut. _____________________________________________________________________________________________

JAWAPAN: 1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka. Perniagaan memperbaiki motosikal sedang dijalankan oleh Encik Tan di Bandar Melaka 2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. Seekor tikus yang sangat besar ditangkap oleh kucing jantan berbulu lebat itu. 3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara selatan 4. Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. 5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas. Sarung tangan plastik digunakan oleh pelatih jururawat di hospital itu ketika bertugas. 6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul. Segala cabaran itu akan saya harungi walaupun amat berat untuk dipikul 7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti. Jalan raya menuju ke sungai itu patut kalian seberangi pada sebelah petang 8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar. Segala permintaan kamu akan beta tunaikan jika kamu berkata benar. 9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan. Usul mesyuarat ini akan kami bincangkan dalam perjumpaan kita pada masa depan 10. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut. Seekor tikus dikejar oleh kucing itu sehingga ke hujung jalan raya tersebut. 12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah. Pesalah itu diwakili oleh peguam berjanggut panjang dalam perbicaraan di mahkamah

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri. Tetamu yang hadir di rumah kami dilayan oleh ibu dengan hidangan yang dibuatnya sendiri E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif. 1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat. 2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut. 3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. 4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut. 5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik. F. LATIHAN : Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif. 1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi. 2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai. 3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ. 4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. 5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras. 6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu. 7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an. 9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit. 10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut. 11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun. 12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya. 13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya. 14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut. 15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin.

Anda mungkin juga menyukai