Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN AYAT AKTIF & AYAT PASIF

 LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.
. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang
sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik
penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan
keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala
Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata
pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir
bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari
Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga
50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi
memacu pendapatan golongan tersebut.

11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap
akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan
oleh pemiliknya.

13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun
kelahirannya.

14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam
pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya
pada petang kelmarin.

Anda mungkin juga menyukai