Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,



Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana
telah mengizinkan kami untuk berada dalam Majlis
Perhimpunan Khas Sempena Persaraan ------------------------------
---------, GURU SJK (C) YOK ENG pada pagi yang tenang dan
syahdu ini.

Ya Allah, Ya faallul lima yurid,

Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa
penghargaan dan terima kasih warga pendidikan Daerah Pontian
khususnya sekolah kami atas persaraan Pengetua yang dikasihi.
Sesungguhnya rasa terharu tak dapat kami sembunyikan atas
komitmen serta sumbangan besar beliau dalam memartabatkan
profesion keguruan dan mengangkasa kualiti pendidikan.

Ya Ghaniyyu, Ya Hamid, Ya Mubdia, Ya Muid,

Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia
menganugerahkan kepada kami seorang pengetua yang
berjiwa besar dan punyai wawasan yang jauh demi memajukan
agama, bangsa dan negara. Jasa dan bakti yang beliau
taburkan bukan saja sewaktu menjawat jawatan GURU tetapi
bermula sejak melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang
insan bergelar pendidik. Tangan yang menggoncang buaian
mampu mengharumkan nama sekolah sewangi kasturi dengan
sentuhan kasih seorang ibu, menegur dengan kelembutan,
menasihat dengan belaian, melarang dalam senyuman,
marahnya kerana kasihan namun tangisnya tidak kedengaran.
Sesungguhnya, seluruh warga sekolah sangat terhutang budi
dan berasa bangga dipimpin oleh seorang pengetua yang
begitu mengambil berat terhadap masa depan guru serta anak
didik yang sangat dikasihi.

Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,

Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa
orang yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat
kemajuan sekolah kami. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk
mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan dan
kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami
di bawah pimpinan dan bimbingan beliau yang berwibawa .

Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,

Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan
Islam, semoga dapat terus menyumbang idea, buah fikiran dan
pandangan yang bernas demi kemajuan pendidikan dalam
meniti usia persaraan. Moga kami dapat mencontohi
tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan kegigihan Puan
Hjh Rohayah mengurus institusi pendidikan. Engkau lindungilah
keluarganya, kaum kerabatnya dan orang-orang yang
dikasihinya sebagaimana beliau melindungi kami selama ini
tanpa rasa jemu.

Ya Allah, Ya zal fadhli wal Ihsan,

Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan
tumbuh kembali, setiap yang bermula pasti ada akhirnya, setiap
pertemuan akan ada perpisahan, namun kurniakanlah kami
pengetua yang juga penyayang selepas persaraan Puan Hjh
Rohayah nanti.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati
dan dirahmati, dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala
bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai