Anda di halaman 1dari 2

,

YA ALLAH, YA KARIM YA WADUD,


Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dalam Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Puan Hajjah Toharah binti Haji Harun,
Pengetua SMK Pertang pada pagi yang tenang dan syahdu ini.
YA ALLAH, YA FAALLUL LIMA YURID,
Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih
warga Pendidikan Daerah Jelebu khususnya sekolah kami atas persaraan Pengetua yang dikasihi.
Sesungguhnya rasa terharu tak dapat kami sembunyikan atas komitmen serta sumbangan besar
beliau dalam memartabatkan profesion keguruan dan kualiti pendidikan.
YA GHANIYYU, YA HAMID,
Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan kepada kami seorang
pengetua yang berjiwa besar dan punyai wawasan yang jauh demi memajukan agama, bangsa dan
negara. Jasa dan bakti yang beliau taburkan bukan saja sewaktu menjawat jawatan Pengetua tetapi
bermula sejak melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan bergelar pendidik. Tangan yang
menggoncang buaian mampu mengharumkan nama sekolah sewangi kasturi dengan sentuhan kasih
seorang ibu, menegur dengan kelembutan, menasihat dengan belaian, melarang dalam senyuman,
marahnya kerana kasihan namun tangisnya tidak kedengaran. Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang
sentiasa mengenang jasa orang yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan sekolah
kami. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan
dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami di bawah pimpinan dan
bimbingan beliau yang berwibawa .
YA ALLAH, YA WAHAB, YA RAZAQ,
Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam, semoga dapat terus
menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan pendidikan dalam
meniti usia persaraan. Moga kami dapat mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan
kegigihan Puan Hajjah Toharah binti Haji Harun mengurus institusi pendidikan. Engkau lindungilah
keluarganya, kaum kerabatnya dan orang-orang yang dikasihinya sebagaimana beliau melindungi
kami selama ini tanpa rasa jemu.
YA ALLAH, YA ZAL FADHLI WAL IHSAN,
Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan tumbuh kembali, setiap yang bermula pasti
ada akhirnya, setiap pertemuan akan ada perpisahan, namun kurniakanlah kami pengetua yang juga
penyayang selepas persaraan Puan Hajjah Toharah binti Haji Harun nanti.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati dan dirahmati, dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan
keburukan.

Anda mungkin juga menyukai