Anda di halaman 1dari 1

DOA PERASMIAN PENUTUP MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Denga rasa kesyukuran dan penuh kehambaan kami memohon padaMu ya Allah
berkatilah majlis penutup minggu pendidikan khas pada hari ini. Kurniakanlah
pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu,
agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.

ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN


Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari
Mu limpahan ilmu yang berguna dan manfaat yang besar pada setiap aktiviti yang
dijalankan dalam program Minggu Pendidikan khas yang telah kami laksanakan ini
khasnya buat golongan berkeperluan khas dan kepada masyarakat Malaysia.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan
jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Anda mungkin juga menyukai