Anda di halaman 1dari 1

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini, ingin merafakkan kesyukuran


dan pujian kepadaMu, atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi yang mulia ini adalah untuk
menjayakan PROGRAM MINGGU KESEDARAN KESIHATAN MENTAL 2022.Kami
memohon kepadaMU ya Allah agar engkau berkatilah majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahimMU, semoga segala usaha kami dalam menjayakan
majlis ini mendapat hidayahMu.

Ya Allah Antal Ghaniyyuh Wa Nahnul fuqara’

Kurniakanlah kepada kami ini kesihatan dan kesejahteraan, dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah lembut dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan,keimanan dan semangat perpaduan.

Ya Allah Ya Fa’aalul Limayurid,

Sesungguhnya berikanlah ibu bapa dan para guru dengan kekuatan, komitmen
dan iltizam berpaksikan roh dan semangat untuk membangun, membina serta
mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada
agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Mun Zilal Barakat,

Berkatilah usaha kami , mudah-mudahan seluruh komuniti kami ini dijauhkan


dari sebarang penyakit,kemudaratan, perperangan, kebuluran dan
kemiskinan.Jadikanlah kami komuniti yang disegani dan dihormati dan menjadi
tempat lahirnya modal insan yang mampu mengeratkan perpaduan,
membudayakan toleransi dan hidup dalam suasana harmoni, saling membantu
dan berkasih sayang.

KepadaMu jua ya Allah kami serahkan segala urusan kami.

Anda mungkin juga menyukai