Anda di halaman 1dari 1

Doa sempena Dialog Prestasi

Allah Humma Ya Hakimil Aziz


Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini dalam program Dialog Prestasi peringkat SK
San Semanju bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami untuk
membangun, membina serta mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada
agama, bangsa dan negara

Justeru itu, berkatilah dan rahmatilah majlis kami ini, berkatilah jua usaha-usaha kami,
ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan
yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras.

Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan

Ya Zal Jalali Wal Ikram


Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, minda yang cerdas, rezeki yang
halal, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak

Anda mungkin juga menyukai