Anda di halaman 1dari 1

DAPATAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN TERHADAP LAPORAN DAN SYOR

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK


BIL.1 / 2017 DALAM PROGRAM LINUS2.0

1. Status pelaksanaan Program LINUS2.0 dan PENGUASAAN MURID


mengikut kelas Literasi Bahasa Melayu (LBM), Literasi Bahasa Inggeris
(LBI), dan Numerasi TIDAK DIBINCANGKAN secara terperinci dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Program LINUS2.0, Panitia Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik.

2. PEMANTAUAN secara terancang untuk program sokongan seperti dalam


pelan tindakan Program LINUS2.0 TIDAK DILAKSANAKAN oleh pemimpin
sekolah.

3. Pihak pentadbir sekolah TIDAK MERANCANG dan melaksanakan


PENCERAPAN KHUSUS untuk guru-guru LBM, LBI dan Numerasi.
Sehubungan itu, pengerusi memohon pihak JPN dan PPD khusunya
FasiLINUS perlu membuat pemantauan dan bimbingan berterusan kepada
sekolah-sekolah untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang dan
berlanjutan.

4. Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) TIDAK MENDAPAT


PENGESAHAN DARIPADA GURU BESAR sebelum data dimuat naik ke
dalam portal NKRA.

5. Pihak kepimpinan sekolah TIDAK MENITIKBERATKAN PENYEMAKAN


INSTRUMEN saringan oleh guru menyebabkan terdapat guru yang
langsung tidak menyemak dan tidak teliti instrumen saringan yang telah
dijawab oleh murid.

6. Ketetapan berkaitan dengan PENYIMPANAN INSTRUMEN saringan


kurang diberi perhatian menyebabkan terdapat guru yang
mengembalikan instrumen saringan kepada murid. Sepatutnya instrumen
saringan murid disimpan oleh guru selagi murid tersebut berada pada
tahap satu.

7. Pengerusi menegaskan dan memohon pihak PPD mengambil serius


perkara ini. Justeru itu, pihak PPD perlu mengeluarkan SURAT
KEBERTANGGUNGJAWABAN kepada pemimpin sekolah dan guru-guru
yang TIDAK AKUR KEPADA SOP PENTADBIRAN SARINGAN PROGRAM
LINUS. Pihak PPD turut dimohon mengambil kira perkara ini semasa
PENILAIAN PRESTASI GURU BESAR.

Anda mungkin juga menyukai