Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati, Guru Besar, PK1, PK Hem, PK Ko, Barisan hakim, guru-guru serta murid-

murid yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

Bersyukur kita pada hari ini kerana dapat sama-sama kita berkumpul bagi memeriahkan
Pertandingan Karaoke Asrama SK San Semanju. Berikan tepukan gemuruh kepada para
peserta yang akan merebut gelaran juara pada hari ini.

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori
iaitu nyanyian solo dan duet. Pertandingan pada hari ini akan dimulakan dengan kategori
duet.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan


pembuka tirai Pertandingan Karaoke Asrama SK San Semanju. Terimalah persembahan
duet daripada Doughlas & Jackline dengan lagunya yang bertajuk – Betaban Rari.
Dipersilakan

Begitulah tadi persembahan yang cukup menarik daripada pasangan duet Doughlas &
Jackline.

Seterusnya, dijemput peserta duet yang kedua, terimalah persembahan daripada


Groshavin Jenau & Erda dengan lagunya yang bertajuk – I love U pengabis ati

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Seterusnya, kita beralih kepada kategori nyanyian solo

Dijemput peserta pertama, Rommy anak Udin dengan lagunya yang bertajuk – Pengerindu
Enda Bebagi

Demikianlah tadi persembahan daripada adik Rommy. Berikan tepukan yang gemuruh

Seterusnya dijemput peserta solo kedua, Vanessa Nayah dengan lagunya yang bertajuk –
Berserara enggau ai mata

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Demikianlah tadi persembahan terakhir Pertandingan Karaoke Asrama SK San Semanju.


Debaran kini kian memuncak untuk mengetahui peserta manakah yang akan merebut
gelaran juara.
Sidang hadirin sekalian, majlis berehat sebentar bagi memberi laluan kepada barisan
juri untuk mengira markah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hadirin hadirat sekalian, kini tibalah detik yang dinantikan iaitu pengumuman keputusan
pertandigan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum itu, sukacitanya saya
menjemput _______________________ bagi menyampaikan cenderamata kepada
para hakim

Dijemput ketua hakim, _________________________ naik ke pentas untuk menerima


cenderamata.

Terima kasih kepada Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderamata

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, pihak asrama telah menganjurkan


pertandingan antara asrama iaitu pertandingan futsal bagi lelaki dan bola jarring bagi
perempuan.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput ______________________


untuk memberikan hadiah kepada pemenang.

Pemenang bagi pertandingan futsal jatuh kepada asrama BIRU

Dan pemenang bagi pertandingan bola jaring jatuh kepada asrama ____________

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Baiklah, kini tibalah masa yang ditunggu, kita teruskan majlis dengan penyampaian hadiah
kepada para pemenang

Dengan ini, majlis dengan berbesar hatinya menjemput ____________________ untuk


naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi kategori nyanyian duet, tempat ketiga jatuh kepada pasangan


_________________

Tempat kedua jatuh kepada ____________________________________


Dan johan bagi kategori duet pertandingan karaoke asrama SK San Semanju jatuh
kepada __________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ___________________ atas kesudian menyampaika


hadiah.

Seterusnya, majlis menjemput _____________________ untuk naik ke pentas bagi


menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi kategori nyanyian solo, tempat ketiga jatuh kepada _____________________

Pemenang tempat kedua jatuh kepada _____________________________

Dan johan bagi kategori solo pertandingan karaoke asrama sk san semanju jatuh kepada
_______________________

Syabas diucapkan kepada para pemenang

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian


menyampaikan hadiah

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian sagu hati kepada para peserta. Dijemput
____________________________ untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah
sagu hati kepada para peserta.

Dijemput _______________________

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian


menyampaikan hadiah

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Dengan berakhinya acara penyampaian itu tadi, mak berakhirlah sudah majlis kita pada
hari ini. Saya mewakili pihak majlis dan jawatankuasa pengelola pertandingan memohon
maaf andai terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang pertandingan.
Saya akhiri majlis ini dengan ucapan sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai