Anda di halaman 1dari 2

Kita mulakan majlis dengan umul kitab Al fatihah….

bismillahirahmanirahim

Ya Allah Ya Karim,

Sesungguhnya kami menadah tangan kepada-Mu


menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu,
yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk
berhimpun pada pagi yang berbahagia ini di dalam satu
majlis perasmian Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pejabat
Pendidikan daerah Daro 2022

YA Allah, Ya rahman,Ya Rahim


Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja
kami panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan
BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau
tentukan ke atas kami Bagi menyatakan kesungguhan,
komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk
membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan
anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama,
bangsa dan negara.Justeru itu, berkatilah pertemuan kami ini,
berkatilah juga usaha-usaha kami,ilhamkanlah dalam fikiran
dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan
yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah
kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang
benar.

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan


kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan
pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,Jadikanlah kami Ya Allah,


daripada kalangan hamba-hambaMu yang
taat danbersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintah Mu.Kurniakanlah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan, kesejahteraan yangsempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi
yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan
di dunia dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai