Anda di halaman 1dari 2

Pemantapan Kepimpinan Pemimpin ,Pertengahan : Komunikasi berkesan.

Terima kasih Moderator kita pada petang ini


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Petang
Yang Berusaha, Encik Mohd Zamari bin Mat Taib, Timbalan PPD Sektor Perancangan selaku
Pengurus District Transformasi Program (DTP) PPD Daro, Timbalan-timbalan PPD: Sektor
Pembelajaran, Sektor Pengurusan Sekolah dan Pengurusan Bakat Murid, Pegawai-pegawai
SISC+ & Penolong-penolong PPD, penceramah jemputan pada petang ini, Dr, Sharifah
Nooraida Wan Hassan. Ketua Jabatan, Kepimpinan Kualiti dan Inovasi Institut Aminudidin Baki
Cawangan Sarawak., para penolong kanan, ketua bidang, guru- guru yang menyertai sesi
Google Meet petang ini, serta tuan puan yang menyertai Live Streaming program petang ini
melalui Channel You Tube SISC+ PPD Daro. Pada petang ini, kita turut mengalu-alukan
penyertaan semua pegawai-pegawai JPN Sarawak, Penyelaras PLC serta pegawai-pegawai
SISC+ dari setiap PPD Sarawak.

Untuk makluman semua, program kali ini merupakan Wacana Ilmu Siri Bimbingan Guru
Berfokuskan Pemantapan Kepimpinan Pemimpin ,Pertengahan : Komunikasi berkesan.

Dalam konteks sekolah di Malaysia,pemimpin pertengahan yang dimaksudkan merujuk kepada


kumpulan Pemimpin yang dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu P1 dan P2. Kumpulan P1
merupakan Guru Penolong Kanan dan kumpulan P2 merupakan Ketua Panitia bagi sekolah
rendah dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah menengah. Dengan maksud lain,
Pemimpin Pertengahan ialah mereka yang merupakan pengantara dan orang yang berada di
antara golongan pengurusan tertinggi dan pasukan guru di bawah selian mereka
(Fleming,2000).

Justeru, kedudukan mereka sebagai perantara memberi keistimewaan kepada mereka memiliki
akses terus kepada pihak pengurusan tertinggi serta mereka juga berada bersama-sama para
guru dan akp di peringkat operasi yang membolehkan mereka mempunyai pengetahuan
operasi yang lengkap. Oleh kerana komunikasi seperti senjata dua mata, maka ia perlu
disampaikan dengan baik,sempurna, sesuai dengan khalayak, sesuai dengan masa dan
keadaan. Jika tidak, ia akan memberi maksud dan tafsiran yang berbeza. Sekiranya saluran
komunikasi yang tidak sesuai digunakan oleh perantara kemungkinan mesej yang disampaikan
tidak sampai sepenuhnya atau tidak sampai langsung dan ini menyebabkan operasi harian
terjejas kerana berlainan dengan kehendak pihak pengurusan. Hal yang demikian, maka
pentingnya bagi pemimpin pertengahan ini untuk mempunyai komunikasi yang berkesan bagi
memastikan strategi organisasi direalisasikan dalam operasi harian

Akhir kata, semoga para guru serta para pempimpin pertengahan memanfaatkan sesi
petang ini sebaik mungkin. Gunakan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan kemahiran dan
memperbaiki kualiti kepimpinan dan komunikasi di sekolah masing-masing. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai