Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI DAN KERJA BERPASUKAN


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
TAHUN 2020

TARIKH:

28 NOVEMBER 2020

TEMPAT:

IFTITAH RESORT, BELAWAI

ANJURAN:
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
&
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

1
1. PENDAHULUAN

Pengurusan pembangunan staf profesional dan bukan profesional dalam


sesebuah organisasi merupakan satu keperluan wajib dalam usaha untuk memastikan
organisasi PPD dapat beroperasi dengan berkesan. Usaha mewujudkan kejelekitan
antara ahli organisasi akan mewujudkan satu pasukan kerja yang dinamik yang dapat
menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Penekanan terhadap elemen
pembangunan staf seperti aspek hubungan komunikasi interpersonal serta
intrapersonal adalah sangat penting. Pengetahuan tentang organisasi berkesan dan
nilai teras organisasi akan dapat membantu staf untuk rasa kebersamaan dalam
melaksanakan tugas organisasi. Pemilihan Iftitah Resor, Belawai adalah bertepatan
dengan kehendak kursus kerana tempat tersebut memiliki kemudahan untuk pelbagai
aktiviti yang direncanakan seperti sukan air, aktiviti lasak serta suasana yang
membugarkan emosi peserta. Diharapkan kursus ini dapat memberi input berguna
kepada ahli organisasi untuk melibatkan diri secara berkesan dalam memastikan
matlamat organisasi akan dapat direalisasikan.

2. MATLAMAT

Matlamat khusus bagi program ini ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan
pembangunan staf dengan lebih cemerlang, membangunkan kapasiti, kompetensi dan
keupayaan serta inovasi dan kreativiti. Lebih tepat lagi program-program pembangunan
staf yang dirancang berhasrat untuk memartabatkan kualiti profesionalisme pegawai
dari segi ‘intellectual quotient ‘, ‘ emotional quotient ‘, ‘ multiple intelligent quotient ‘ dan ‘
spiritual quotient’ . Akhirnya nanti dapat memberi pulangan bakti terbaik kepada warga
pendidikan dan masyarakat amnya.

3. OBJEKTIF

3.1 Memantapkan dan memperkasa profesion pendidikan dalam tugas dan


tanggungjawab di PPD.

2
3.2 Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat
kerja secara kolaborasi serta meningkatkan keprihatinan rakan sekerja.
3.3 Membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika dan sikap yang positif
serta kerohanian yang tinggi mengikut pegangan agama masing-masing.
3.4 Melahirkan rasa kesyukuran dan keyakinan diri dalam kerjaya sabagai sebagai
pentadbir atau Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 28 November 2020 (Sabtu)


4.2 Masa : 6.30 pagi hingga 3.00 petang
4.3 Tempat : Iftitah Resot, Belawai
4.4 Peserta : 51 orang staf PPD Daro
4.5 Pakaian : Pakaian Sukan dan Baju Tshirt Team PPD Daro

5. AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN PERINCIAN TUGAS

AJK Personalia Perincian Tugas


Pegawai Pendidikan  Mempengerusi Mesyuarat
Pengerusi Daerah.  Taklimat / Amanat /
Pn. Miskinah bt Arshad Penangguhan
Timbalan PPD, Sektor  Membantu tugas pengerusi
Perancangan,  Membantu kelancaran
En. Mohd Zamari bin Mat program
Taib

Timbalan PPD Sektor


Timbalan Pengerusi Pembelajaran,
En. Junaidi bin Mohamed

Timbalan PPD, Sektor


Pembangunan Bakat
Murid,
En. Syaidin bin Mostapa
Penyelaras Penolong PPD, Sektor  Merancang perjalanan
Pengurusan Sekolah program
En. Omar bin Ramain  Memastikan segala

3
perancangan dan
pelaksanaan program
berjalan dengan lancar
 Membantu Penyelaras
dalam pelaksanaan program
Penolong PPD, Sektor dan aktiviti
Timbalan Penyelaras Pengurusan Sekolah  Memastikan segala
En. Aruan bin Semion perancangan dan
pelaksanaan program
berjalan dengan lancar
 Menyedia kertas cadangan
Kaunselor Pendidikan  Menghubungi lokasi
Setiausaha Daerah, Unit Psikologi program untuk tempahan
dan Kaunseling dan ketetapan program
Pn. Nora binti Salim  Sedia surat panggilan
mesyuarat/taklimat
 Merekod dan mencatat
peruntukan dan
perbelanjaan program.
 Mengurus bayaran
Penolong PPD, Sektor
pembelian bahan oleh AJK
Bendahari Pengurusan Sekolah
sebelum dan selepas
Cik Evelyn Tiong Tze
program.
Ming
 Berhubung dengan
Pengurus Iftitah Resort
untuk bayaran
 tempahan yg telah dibuat.
 Menghubungi lokasi untuk
Penolong PPD, Sektor
Pegawai Perhubungan tempahan dan sewaan
Pengurusan Sekolah
tempat, peralatan dan
En. Ayub bin Hassim
pengangkutan.
 Menyedia peralatan siaraya
PPM
untuk setiap aktiviti yang
Teknikal dan Siaraya En. Abu Samah bin
memerlukan.
Keluni
 Bersedia dengan set lagu /
mikrofon Wireless
Bacaan Doa Timbalan PPD, Sektor  Bacaan doa untuk
Pembangunan Bakat perjalanan dan majlis
Murid, penutupan
En. Syaidin bin Mostapa

4
Penolong PPD, Sektor  Mengumpul dan mendaftar
Pengurusan Sekolah nama peserta yang
Cik Khadizah binti Sinyor mengikuti program.
Pendaftaran dan  Menyediakan QR Code
Penolong Pegawai untuk pendaftaran SPLKPM
Penilaian Tadbir Unit Sumber
 Menguruselia pendaftaran
Manusia, ICT dan
Pentadbiran Am peserta serta merekod
Cik Cik Norlida binti Ali suhu.

Pembantu Tadbir  Mengurus tempahan


Khidmat Sokongan minuman dan makanan
Profesional, PPD Daro  Berhubung dengan
Pn. Alina binti Alias
Pengurus Iftitah Resort
Pembantu Tadbir Unit untuk perbincangan
Kewangan, Infrastruktur tempahan menu dan jumlah
& Perolehan, PPD Daro bayaran.
Makanan Pn. Frezah binti Wet  Memastikan makanan
disediakan mengikut masa
dan peruntukan. (sarapan,
Pembantu Tadbir Unit
makan tengahari)
Sumber Manusia, ICT
dan Pentadbiran AmPn.
Ros Diyana binti Nazirin

 Membeli dan menyedia


Kaunselor Pendidikan
bahan keperluan untuk
Penyediaan Bahan Daerah, Unit Psikologi
aktiviti yang akan dijalankan
Aktiviti dan Hadiah dan Kaunseling
 Membeli dan menyedia
Pn. Nora binti Salim
hadiah untuk aktiviti
terkumpul kumpulan.
Penolong PPD, Sektor  Menguruskan majlis
AJK Hadiah dan Majlis Pengurusan Sekolah penyampaian hadiah dan
Penutupan Cik Khadizah binti Sinyor majlis penutupan

Kecemasan/ Penolong PPD, Sektor  Menyedia dan membawa


Keselamatan Pembelajaran peralatan kecemasan yang
En. Hakiman bin Sahari lengkap.
Penolong PPD, Unit  Memberi bantuan rawatan
Pentaksiran dan awal jika ada.

5
 Menyimpan nombor telefon
kecemasan.
Peperiksaan  Memastikan keselamatan
En. Nealson ak Nyuak semua peserta semasa
perjalanan dan sepanjang
aktiviti.
 Mengambil gambar yang
Penolong PPD, Sektor
Dokumentasi / Fotografi sesuai untuk dokumentasi.
Pengurusan Sekolah
 Menyedia Borang Penilaian
En. Aruan bin Semion
dan Pelaporan
Penolong PPD, Sektor  Merancang aktiviti yang
Pengurusan Sekolah akan dijalankan.
En. Hamad bin Baduri  Menyediakan AJK yang
Penyelaras Aktiviti terlibat untuk pelaksanaan
Penolong PPD, Sektor aktiviti.
Pembangunan Bakat
Murid
En. Rudy bin Ladi
Penolong PPD, Sektor  Mengacarakan majlis
Pengacaraan Perancangan (taklimat dan majlis
Cik Seliah binti Semail penutupan)

6. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Tindakan Personalia

6.30 pagi Bergerak dari PPD Daro Penyelaras

Bacaan Doa

AJK Keselamatan

Pegawai Perhubungan

9.00 pagi Tiba di Iftitah Resort AJK Pedaftaran dan Penilaian


AJK Makanan
Pendaftaran
AJK Pengacaraan
Sarapan

9.30 pagi Taklimat Keselamatan Penyelaras

9.45 pagi Ucapan Aluan PPD PPD

6
10.00 pagi Aktiviti 1 : Senaman AJK Aktiviti

10.30 pagi Aktiviti 2 : Pemantapan Kerja AJK Aktiviti


Berpasukan (Amazing Race dan Team
Building)

12.00 tengahari Makan Tengahari/ Solat Zohor AJK Makanan

1.00 petang Majlis Penangguhan Penutupan AJK Pengacaraan

1. Sesi pertukaran hadiah AJK Hadiah dan Majlis


2. Cabutan bertuah Penutupan
3. Penyampaian Hadiah
4. Sesi Bergambar

3.00 petang Bersurai

7. KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah (RM)


(RM)

1 Sewa Peralatan (kerusi, 50.00 5 250.00


meja dan tempat BBQ)

2 Sewa Alat Siaraya 250.00 1 250.00

3 Peralatan Aktiviti Explorace 1000.00 1000.00

4 Hadiah Pertandingan 1000.00 1000.00

5 T-shirt Peserta 35 51 1785.00

6 Makanan (Sarapan dan 20.00 51 1020.00


Makan Tengahari)

JUMLAH PERBELANJAAN 5305.00

7
8. Pelan Tindakan

Bil. Tindakan Tarikh

1 Menyediakan Kertas Kerja 12 Oktober 2020

2 Perbincangan dengan PPD 16 Oktober 2020

3 Tempahan Lokasi

4 Mesyuarat AJK

i) Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kerja


ii) Agihan tugas dan implikasi kewangan
5 Perlaksanaan

Borang Kehadiran dan Penilaian Kursus

6 Post-mortem

Mesyuarat akan diadakan selepas program tamat


(jika perlu)

7 Laporan Program

Laporan bergambar akan disediakan selepas


program dan post mortem.

9. Kaedah Penilaian & Kajian Impak

i) Borang-borang PK 06-1 & 2

10. Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi transfromasi dalam cara berfikir serta
cara bertindak dalam kalangan warga PPD Daro. Semoga perancangan dan
perlaksanaan berjalan lancar seterusnya membantu Jabatan meningkatkan tahap
profesionalisme dalam perkhidmatan ke arah yang lebih dinamik dan berkualiti.
Sokongan semua pihak adalah amat diharapkan sekaligus memartabatkan PPD Daro
dan menjulang pendidikan Negeri Sarawak.

8
Disediakan oleh:

__________________

( NORA BINTI SALIM )

Kaunselor Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

Disemak Oleh:

_______________________

( OMAR BIN RAMAIN )

Penolong PPD

Sektor Pengurusan Sekolah

Disokong dan diluluskan oleh:

_______________________

( MISKINAH BT ARSHAD )

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

Anda mungkin juga menyukai