Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim!

Sesungguhnya kami menadah tangan kepada-Mu menzahirkan


rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah
menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi
yang berbahagia ini di
dalam……………………………………………

Jauhkan diri kami daripada perkara-perkara yang menyukarkan


kami untuk melaksanakan amanahMu dalam usaha
memajukan serta memartabatkan pendidikan di negeri/ ini.
Lindungilah kami daripada sebarang perkara yang boleh
mencemarkan integriti kami demi amanah dan tanggungjawab
yang dipikul ini. Ya Allah, hiasi diri kami dengan ketajaman
minda, kelapangan dada, kesucian hati, keluhuran budi dan
kecekalan emosi dalam semua perbincangan yang bakal kami
tempuhi.

Ya Allah kami memohon kepadaMu semoga dengan


perkongsian dalam bengkel ini, sekolah-sekolah di bawah
seliaan Ppd Daro akan menjadi lebih cemerlang dan terbilang
dalam semua bidang .

Sesungguhnya ya Allah, kami memohon kepadaMu, ampunkan


dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-
guru kami, pemimpin-pemimpin kami yang mikmin dan
mukminat, muslimin dan muslimat

Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian


kami, hanya padaMu, tempat kami berharap dan hanya Engkau
sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hambaMu.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Ra’uf


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah perpaduan serta
mahabbah dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan
usaha kami dalam mencapai cita-cita murni kami kearah
institusi diberkati.

Anda mungkin juga menyukai