Anda di halaman 1dari 8

AA http://www.scribd.

com/doc/20659583/PROFESIONAL-KEGURUAN Di bawah konteks profesionalisme keguruan, seorang guru harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kita juga belajar kemahiran sosial seperti bekerjasama,berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan orang dewasa yang lain. Proses ini berterusan, mulai dari masa kita lahir sehinggalah kita sampai tua. Manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai.Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa Proses pemikiran melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkaraperkara yang tersembunyi, membuatkan kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru. Pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan. Tedapat 3 peringkat pemikiran iaitu Pemikiran kreatif, Pemikiran abstrak dan Pemikiran konkrit . Huraian konsep pemikiran diatas, kita boleh rumuskan kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Pada masa kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir, teknik menyoal harus sering digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan pula menggunakan soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir secara analitik, kritik dan rasional Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahanbahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan, iaitu menggunakan pendekatan , strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Antara ciri-ciri kemahiran mengajar ialah pengajaran secara ansur-maju ,di dalam peringkat permulaan guru berjaya memotivasikan murid-murid, aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, isi pelajaran disampaikan langkah demi langkah, suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakan. Seterusnya, murid-murid diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka, murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan dan strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai. Akhir sekali, aktivit peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan murid-murid kepada mereka. Sebagai pemudahcara, tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi Kemahiran Pemudahcara terbahagi kepada dua iaitu Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan Pelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid, guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru mementingkan pengelolaan kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi perhatian, Seterusnya, strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan

bahan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Kemahiran menilai merupakan kemahiran yang amat penting bagi seorang guru. Takrif Penilaian ialah proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Proses ini meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti p&p, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Antara ciri-ciri Kemahiran Menilai ialah aktiviti soal-jawab sering digunakan untuk membuat penilaian, menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta merta dan hasil penilaian dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru. Tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Guru dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi lisan dan bukan lisan untuk menjalankan P&P dan menyampaikan maklumat atau ilmu dengan berkesan . Kemahiran berkomunikasi yang berkesan membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan dan murid- murid tidak akan keliru atau salah faham apa yang disampaikan oleh guru. Ciri-ciri Kemahiran Berkomunikasi yang berkesan ialah bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti umm, ahh, er dan ok, dan menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan. Kemahiran mengurus merupakan aspek kemahiran yang sangat bagi seorang guru. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran, keberkesanan bergantung kepada kemahiran mengajar, aktiviti pengajaran untuk meransang murid belajar dan Objektif-bawa hasil pembelajaran dengan bentuk perubahan tingkah laku. Guru sebagai pengurus bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun mena-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4 iaitu Komputer membantu pendidikan ( computer aided education CAE ), Komputer membantu pengajaran ( computer assisted instruction, CAI ),Komputer mengurus pengajaran ( computer manage instruction, CMI ) dan Komputer membantu pengujian ( computer assisted testing, CAT ). Komputer digunakan untuk mengumpul data, membuat analisis daripada keputusan peperiksaan kebangsaan. Digunakan dalam pelbagai bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan, baik di peringkat sekolah dan negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Peningkatan taraf profesionalisme bermaksud menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Langkah yang boleh guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan ialah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Seterunya guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan. Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.

Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. Guru yang berketrampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini. Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. BB http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/sallehUMSkk.pdf Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran* oleh Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah salleh@ums.edu.my ABSTRAK Guru merupakan agen perubahan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru merupakan titian antara hasrat dan realiti. Guru bertindak berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang. Tahap profesionalisme guru khususnya tahap pemikiran diri mempengaruhi bagaimana guru memberi makna kepada kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Satu kajian temuduga terpimpin dan tinjauan pemerhatian dilakukan terhadap bakal guru dan guru dalam perkhidmatan di sebuah IPTA. Kajian bertujuan meninjau tahap profesionalisme keguruan responden dari empat aspek profesionalisme yang di kenal pasti. Tahap ini juga berhubung dengan kekangan dan peluang guru menterjemah kurikulum. Kajian mendapati tahap profesionalisme masih di tahap serdahan dan mencadangkan guru perlu dibekalkan dengan kefahaman tentang kurikulum dan pengajaran agar dapat memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionlisme keguruan. Pengenalan Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan bagaimana guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar merealisasikan perlaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan kurikulum. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat

dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus. Permasalahan Institusi melahirkan guru telah membekal dan melambak guru setiap tahun ke pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian di transkip akhir pengajian pendidikan belum boleh menjamin tahap profesional guru itu. Persoalan yang boleh dibangkitkan ialah sejauh mana guru-guru ini atau guru yang sedia dilantik di sekolah benar-benar bertingkah laku dan berpemikiran professional? Tata laku sumbang guru kerap dipaparkan di media massa. Profesion guru dikatakan amt tenat dan guru sedang menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Sering didedahkan dengan laporan tentang segelintir guru merokok, guru tidak cergas , guru tidur dalam kelas, guru selalu datang lewat ke sekolah dan guru mengajar sekadar melepas batuk di tangga. Keupayaan guru mengajar diragui. Lebih merisaukan kedapatan laporan sekolah yang mempersoalkan kewibawaan guru-guru pelatih sewaktu menjalani Praktikum atau Latihan Mengajar di sekolah. Juga kedapatan guru-guru yang merungut diminta mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen pengajian diri. Pelajarpelajar yang mengambil program pendidikan di IPTA, khususnya juga dipersoalkan kemurniaan niat dan cita-cita kerjaya diri. Adakah pelajar menjadi pendidik sebagai pilihan terakhir kelayakan yang ada atau menyahut kemerunduman ekonomi semasa? Timbul semacam sewaku kekalutan terhadap profesion ini ketika ini. Adakah profesion keguruan ini sedang menghadapi krisis identiti profesionalisme dan semakin terhakis kepercayaan masyarakat terhadap profesion ini? Guru bertindak sebagai penyebar kurikulum. Kurikulum merupakan nadi utama pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah bertujuan mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting membimbing pembelajaran pelajar ke arah memaksimakan potensi diri masing-masing. Kurikulum juga dilihat sebagai hasrat, pelan atau preskripsi mengenai apa diingini berlaku di sekolah. Dalam bentuk pemahaman yang mudah kurikulum menghubungkan antara hasrat dengan relaiti. Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah ideologi atau pengetahuan penyebar [guru]. Ideologi boleh difahami sebagai premis nilai tentang perkara-perkara yang membawa kepada penggubalan pendidikan. Ini mencerminkan tentang perkara yang bernilai atau bermanfaat dipelajari pelajar di sekolah. Dua konsep penting berkait dengan ideologi ialah nilai dan kepercayaan. Urutan daripada ini ialah bagamana guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam dengan ideologi [nilai dan kepercayaan] yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri. Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu jenis-jenis tingkah laku guru, sebab tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan [dan nilai] guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan memberi manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran untuk pelajar di bilik darjah guru berkenaan. Akhirnya, sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana. Guru perlu mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru ini akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai pengusaha terbaik menterjemahkan pengajaran menyebar kurikulum. Terdapat tiga jenis kurikulum; kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum dihasratkan bersifat ideologi, kurikulum beroperasi mencakupi pengetahuan kemahiran dan nilai yang disusun dan dilaksanakan oleh guru di bilik darjah. Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang telah

diperolehi pelajar hasil kurikulum beroperasi. Ternyata kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh dan guru yang diberi mandat bertindak sebagai jurutera membentuk pemikiran pelajar hasil pancaran pemikiran professional guru itu sendiri. Persoalannya, sejauh mana tahap profesionalisme pemikiran guru mengoperasikan kurikulum? Pemikiran dan Profesionalisme Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk kepada permasalahan yang dibangkitkan maka, ini bermakna pemikiran guru merupakan faktor penting menentukan variasi pendidikan. Pemikiran ini sangat berpengaruh dalam enviromen pembelajaran yang dicipta oleh guru. Hal ini melibatkan bagaimana guru mengumpul, mengorganisasi, menginterpretasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Semasa aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan professional, kemahiran in-action dan refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting peranan guru menentukan apa yang difikir guru dengan apa yang dilaksanakan serta memahami penenrimaan dan penolakan kurikulum terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar. Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan ahli professional yang bebas dari kokongan dan cara tradisi mengidentifikasi dan menyelesaikan masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen penting pemikiran diri ialah keupayaan untuk membezakan antara membuat conscious reflection dengan recognition of conflicting values. Secara mudah dapat membuat refleksi yang adil dan seimbang tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran diri. Pemikiran guru akan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratlkan terlaksana. Hal ini berkaitan dengan kepecayaan, pemikiran, pertimbangan, pengetahuan dan keputusan guru. Dalam perkara ini, bagaimana guru memikirkan kurikulum danpelabagai interaksi yang berlaku dalam proses perlaksanaan kurikulum akan menjelaskan jurang yang wujud antara ekspektasi guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran sebenar. Memahami pemikiran guru juga bermakna mengetahui bahawa apa yang dibuat guru dipengaruhi pemikiran guru itu sendiri. Kefahaman tentang pemikiran guru ini juga meningkatkan kefahaman tentang penenrimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu inovasi dan menggambarkan kesediaan guru untuk menerima dan mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang wujud disekitar guru. Sekaligus tahap profesionalime guru boleh dibaiki dan ditingkatkan. Dapatan a. Kesedaran tentang perubahan dan amalan pedagogi yang tidak dirancang teliti tetapi sebaliknya hanya berdasarkan pemahaman konsepsi guru semata-mata amatlah merbahaya dan kerap menerima kegagalan atau penerimaan yang songsang oleh penerima. Maka, penyebaran kurikulum melalui pemikiran guru harus cuba menghampiri kontekstual keperluan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengwujudkan hasrat pradigma progresif khususnya meliputi apa yang dihasratkan dengan ruang litup pemikiran guru tentang pendidikan, konsepsi teori dan amalan, organisasi sekolah dan peranan guru dan sekolah dengan masyarakat. b. Guru berpengalaman tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang kandungan pelajaran dan guru baru pula mempunyai pedagogi yang terbatas bagi menentukan keberkesanan pengajaran di bilik darjah. Pengetahuan yang kukuh akan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik konsep dan proses menimba ilmu bagai sesuatu subjek di sekolah jika di sulam dengan pedagogi terbaik dan terpilih. Maka, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah i. pengetahuan isi kandungan ii. pegetahuan pedagogi am iii. pengetahuan kurikulum iv. pengetahuan konten pedagogi v. pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri

vi. pengetahuan konteks penting vii. pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. c. Guru memiliki pengetahuan professional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan professional ini perlu bagi memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah. d. Guru tidak memiliki kraf yang memadai sebagai seorang guru. Kraf adalah sesuatu yang unik dan dimiliki sebagai kemahiran atau pengetahuan individu itu. Kraf juga boleh difahami sebagai kemahiran praktikal kreativiti guru. Kraf terbina hasil kebijaksanaan guru menggunakan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman melaksanakan penyebaran kurikulum yang dihasratkan. Secara mudah kraf adalah hasil interaksi antara pengetahuan professional dengan pengetahuan peribadi seorang guru. e. Guru sebagai ahli professional yang conformist iaitu yang lebih mudah berperanan sebagai penerus tradisi daripada bersifat kreatif atau innovatif. Tambahan pula dunia guru tidak memberi peluang yang banyak kepada penerimaan terhadap perubahan. f. Guru bersifat seperti pembina yang menurut spesifikasi yang ditetapkan bukan sebagai seorang yang boleh mengubah suai dan pencipta baru. Guru perlu bertindak sebagai pembina yang membina insan pelajar bukan robot matrix yang taat dan setia tanpa pemikiran. Hal ini berhubungan dengan kompleksiti bilik darjah yang mengakibatkan guru perlu kepada konsep survival untuk meneruskan aktiviti pengajaan dan pembelajaran di bilik darjah. Survival bermaksud guru perlu meneruskan apa yang diketahui dan dapat dilaksanakan dengan apa yang dihasratkan. Kepuasan tidak semestinya diperoleh dengan ketepatan menepati apa yang dihasratkan. Persepsi dan survival guru akan terlihat sewaktu penyebaran kurikulum dilaksanakan. g. Penerimaan terhadap sesuatu kurikulum itu bukan suatu isu, yang lebih penting ialah pelaksanaannya. Bagi memastikan perlaksaaannya berkesan, guru perlu mengenal pasti kekangan dan peluang yang wujud bagi dimanipulasikan sebaiknya mencapai hasrat kurilum itu sendiri. Pengecaman ini bermula pada peringkat bilik darjah lagi seperti ruang, peralatan, sais kumpulan pelajar yang diajar, pembahagian pelajar kepada aliran, kuantiti dan sumber diperolehi, masa pengajaran dan peperiksaan mampu membentuk rangka kekangan dan peluang bagi guru membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat khususnya tentang kandungan pelajaran, kaedah, organisasi kelas, penggunaan masa, peranan setiap pelajar, kumpulan dan susunan fizikal kelas. Seterusnya faktor fizikal seperti bangunan, kemudahan dan peralatan, keadaaan social dan psikologikal lokasi pengajaran. h. Batasan dan limitasi diri meliputi keupayaan, latihan dan tingkah laku. Jika perlu, hal yang melibatkan polisi pendidikan secara am dan paling kritikal aspek pelanggan seperti latar belakang, umur, sikap dan keupayaan dan juga perhatian perlu untuk memaksimakan peluang dan mengurangkan kekangan. i. Terdapat tiga masalah utama mengukur pemikiran professional guru. Pertamanya guru tidak sedar akan pemikiran dan kepercayaan diri. Kedua guru tidak melafazkan pemikiran tersebut dan kekurangan kosa kata mendeskripsikan pemikiran tersebut. Akhirnya, guru menolak kepercayaan yang tidak popular atau mempunyai konotasi yang negatif. j. Guru berpengalaman dapat mengidentifikasi, meninterpretasi dan menganalisis corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur. Guru baru tidak sedar perkara ini dan tertakluk kepada pengetahuan declarative menyelesaikan masalah bilik darjah. Guru baru bertindak dalam cerminan diri sebagai pelajar. Epilogue Ringkasnya, semua catatan ini meliputi aspek-aspek terpenting merangkumi kurikulum, pengajaran, enviromen bilik darjah dan organisasi. Kurikulum yang rigid menghadkan penyebaran. Guru yang tiada kraf menyukarkan perlaksanaan kurikulum kerana terlalu patuh kepada peraturan yang menyekat kreativiti dan inovasi. Enviromen bilik darjah sebagai kekangan rutin guru dan kelansungan kepada oragnisasi dan pentadbir. Maka, isu terpenting ialah pemikiran professional guru itu harus didasari dengan tuntutan kehendak, tututan tugas, dan persepsi tugas guru terhadap tugas tersebut.

Persepsi ini menjadi dasar kepada penerimaan atau penolakan terhadap kurikulum. Guru harus menganggap diri sebagai agen yang aktif dalam perkembangan professional diri. Guru mampu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang memimpin tingkah laku dalam sesuatu situasi. Guru melihat diri sebagai autonomous dan menganggap pengajaran sebagai bernilai, kompleks dan satu profesion yang mempunyai tuntutan yang tinggi. Guru harus dapat memokus pemikiran kepada pengajaran yang telah dirancang [termasuk semua prosedur pengajaran] dan bertindak merubah keputusan apabila rutin diganggu atau pelajar tidak menunjukkan respon yang sesuai. Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai praktis intuitif dan konsep bertindak dan refleksi berkadar keadaan menghadapi kemungkinan bilik darjah yang sentiasa berubah. Pemikiran professional guru harus mempunyai konstruk tersendiri terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang mendasari pemilihan tindakan masing-masing. Kajian ringkas ini menyimpulkan bahawa pemikiran guru terhadap kurikulum dan pengajaran sangat kompleks dan pengetahuan apa yang diketahui guru dengan bagaimana dan refleksi pemikiran guru sangat kritikal melaksanakan kurikulum yang dihasratkan. Namun, guru yang professional sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar di sekolah. Dicadangkan guru diberi pengupayaan dengan keistimewaan dan status. Guru-guru yang telah menjalani satu tempoh latihan yang mencukupi, memperoleh ilmu pengetahuan yang mencukupi dan berdedikasi melaksanakan tugas patut menyedari tuntutan profesional profesion ini. Guru harus sedar akan perubahan peranan, keadaan yang memerlukan reformasi dan etika komuniti dalam masyarakat kontemporari. Guru yang dapat membawa diri ke tahap professional, kemungkinan besar menikmati tahap kejayaan yang lebih baik dan hasrat profesion akan lebih tersusun dan teratur. Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebabsebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. Ternyata pemikiran professional guru merupakan terjemahan konstruk profesionalisme masing-masing. Konstruk pemikiran diri terhadap diri, rakan sejawat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengetahuan dan enviromen persekolahan menjelaskan sejauh mana falsafah peribadi profesionalisme guru. Pancarkan ketokohan profesionlisme guru. CC

Penutup

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihatsemuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."
DD

Anda mungkin juga menyukai