Anda di halaman 1dari 4

Kami Membantu Memperkasa Ilmu Sumber Manusia

BULETIN LATIHAN

APA YANG MENARIK EDISI INI? ! 9 Kesilapan Berkomunikasi secara profesional ! Mengendalikan Situasi Kerja Baru, Orang Baru, Suasana Baru

Benarkah Komunikasi Penting dalam Kerjaya?

KOMUNIKASI BERKESAN

Buletin Latihan Bil. 1/2014 | Edisi Komunikasi | Diterbitkan oleh FINE Training Academy Sdn Bhd

9 Kesilapan dalam Berkomunikasi Secara Profesional


1. Berkomunikasi tanpa memikirkan isu sensitiviti pendengar daripada pelbagai bangsa, golongan dan gender. 2. Menggunakan humor ataupun lawak yang tidak bersesuaian dengan audiens. 3. Suka menggunakan emosi dalam komunikasi. 4. Komunikasi yang menunjukkan kebodohan diri. 5. Kata-kata berbentuk umpatan dan menyumpah-nyumpah orang lain. 6. Komunikasi dengan niat mahu mengorat atau menarik minat orang lain. 7. Berkomunikasi sambil melihat alat komunikasi seperti telefon bimbit dan gajet. 8. Tidak mempunyai hubungan mata yang baik. 9. Banyak ketawa ketika berkomunikasi.

Membina Kredibiliti dan Kejayaan dengan Komunikasi yang Berkesan


Komunikasi adalah aktiviti yang tidak dapat dielakkan oleh setiap oleh setiap individu, sama ada berbentuk verbal ataupun bukan verbal. Satu kajian sains sosial mendedahkan bahawa proses komunikasi terdiri daripada 55% pergerakan badan, 38% nada dan intonasi, dan 7% penyampaian maklumat. Kajian ini dilakukan oleh seorang Profesor dalam bidang psikologi, Profesor Emeritus Dr. Mehrabian dari Universiti California. Kajian ini dilakukan bagi melihat kesan bahasa verbal dan bukan verbal. Komunikasi yang baik berlaku apabila seseorang komunikator dapat memilih mesej yang betul, menggunakan medium yang betul, menggunakan alat komunikasi yang betul dan ditujukan kepada audiens yang betul. Komunikator efektif memiliki beberapa kebolehan iaitu: " Kebolehan mendengar dengan baik. " Kebolehan menggunakan bahasa pertuturan dengan jelas dan teratur. " Kebolehan berkir dengan pantas dan kritis. Ke Laman Sebelah

...proses komunikasi terdiri daripada 55% pergerakan badan, 38% nada dan intonasi, dan 7% penyampaian maklumat.
Halaman 1

Antara kemahiran yang perlu diperkasa adalah kemahiran mengenal audiens, kemahiran menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan audiens...
Anda Bertanya Jurulatih Menjawab
Dari Laman Sebelah " Kebolehan mengeluarkan dan menjelaskan idea dengan jelas dan teratur. " Kebolehan mentafsirkan maklumat dengan baik dan pantas. Kebolehan ini dapat diperoleh dengan mempelajari pelbagai kemahiran dan alat komunikasi. Antara kemahiran yang perlu diperkasa adalah kemahiran mengenal audiens, kemahiran menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan audiens, kemahiran menjalinkan hubungan baik dan kemahiran mendengar.

Fauzul Naim Ishak Jurulatih Prinsipal FINE Academy

SOALAN: Tuan, saya seorang eksekutif


yang bekerja di sebuah syarikat milik kerajaan. Baru bekerja di sana selama sebulan. Masalah yang berbangkit adalah kebanyakan kakitangan senior tidak memberikan kerjasama baik kepada saya. Mereka melihat eksekutif muda ini seumpama mahu mengubah cara kerja mereka kerana apabila saya mencadangkan sesuatu perkara baharu kebanyakan memandang sinis kepada cadangan itu. Bagaimana saya mahu mengendalikan situasi sebegini Tuan? Bantulah saya. JAWAPAN: Tahniah Tuan kerana berjaya menempatkan diri dalam organisasi yang hebat ini. Pertama sekali, buang persepsi negatif berkenaan individu lain. Persepsi menyebabkan kita mudah membuat telahan tanpa membuat kajian berkenaan realiti di sebalik telahan itu. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tentu ada tujuan positif pada mata pandang mereka. Sebagai contoh kebarangkalian perbuatan mereka disebabkan mereka berasa terancam dengan kehadiran Tuan sebagai eksekutif yang mahu mengubah status quo mereka. Ini kerana mereka tidak mengenali Tuan dengan baik dan m e re k a t i d a k n a m p a k k e b a i k a n cadangan itu. Perkara yang perlu Tuan lakukan adalah wujudkan hubungan baik dengan mereka terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang cadangan. Apabila hubungan baik sudah dijalinkan, Insya Allah sebarang cadangan Tuan akan dipertimbangkan kerana anggapan mereka Tuan adalah kawan mereka.

Ketetapan Minda Seorang Komunikator


Beberapa persoalan perlu dikirkan oleh seorang komunikator sebelum, semasa, dan selepas berhubung dengan pihak yang lain: " Adakah saya mampu mengingati nama pihak tersebut. " Adakah sikap saya baik dan terjaga sewaktu berkomunikasi dengan pihak yang lain? " Adakah saya memberi peluang kepada pihak yang lain berkongsi dan mengeluarkan idea mereka? " Bagaimana nada dan intonasi saya sewaktu bertutur dengan pihak yang lain. " Adakah tingkah laku dan pergerakan badan saya betul sewaktu berkomunikasi dengan pihak yang lain? Pada edisi akan datang akan diperincikan kemahiran menjadi komunikator efektif. Nantikan keluaran akan datang. Layari www.neacademy.com.my untuk membaca artikel lain

FINE TRAINING ACADEMY SDN BHD


You Develop We Empower
Layari www.neacademy.com.my

Kami mengendalikan kursuskursus berikut: ! ! ! ! High Impact Presentation Komunikasi Berkesan Mentoring & Coaching Negosiasi Menang-Menang

HUBUNGI 016 2605 506 UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Halaman 2

AKTIVITI
FINE ACADEMY
Layari www.fineacademy.com.my

Para Pensyarah Kolej Komuniti Didedahkan Kaedah High Impact Presentation


3 Disember 2013 FINE Training Academy telah diberi kepercayaan bagi mengendalikan kursus berkaitan dengan kemahiran membentang (presentation skill) anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus yang berjudul High Impact Presentation itu diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2013 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kursus di Kuala Terengganu ini khusus untuk kumpulan kedua di bawah kursus Career Path Competencies Matrix (CPCM). Sebelum ini FINE Academy mengendalikan kursus serupa di Kolej Komuniti Jasin, Melaka.Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia menyertai program ini. Program ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Naim Ishak bersama Tuan Zamri Mohamad. Bengkel ini mendedahkan kepada para pensyarah Kolej Komuniti berkenaan kaedah pembentangan yang berwibawa dan berimpak tinggi. Kaedah yang diperkenalkan berdasarkan kajian dan praktis yang dijalankan oleh jurulatih profesional FINE Training Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu pembentang, peserta, pembentangan dan penilaian.

UPSI Anjur Kursus Transformasi Laporan Tahunan 2013


9 Disember 2013 - Bahagian Perancangan Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris melantik perunding dan jurulatih Akademi Penulis (anak syarikat FINE Academy) bagi membantu dalam menjalankan transformasi laporan tahunan untuk tahun 2013. Kursus ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu FASA PERTAMA: Fasa perancangan dan pelan tindakan dan KEDUA: Pengumpulan maklumat dan penulisan. Fasa pertama kursus dijalankan di!Dewan Sri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurulatih yang terlibat dalam kursus tersebut ialah Tuan Fauzul Naim Ishak dan Tuan Mohd Ikram Wazir.

Bakat Penulisan Buku Kakitangan MOT Diperkasa oleh Akademi Penulis


19 Disember 2013, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya- Kakitangan di Kementerian Pengangkutan Malaysia menganjurkan Bengkel Sehari Bersama Penulis Bestseller. Bengkel ini diadakan bagi mencungkil dan memperkasakan lagi bakat yang sedia ada pada diri setiap peserta dalam bidang! penulisan buku, sekaligus mampu menjadi penulis buku pada masa hadapan. Seramai 50 orang kakitangan menghadiri bengkel ini. Mereka diberikan pendedahan secara umum dalam bidang penulisan buku, majalah, buletin, laporan tahunan dan juga blog. Kursus dikendalikan Tuan Zamri Mohamad. Halaman 3

PROGRAM PILIHAN

Kursus yang membawa komunikator ke tahap baharu dunia komunikasi

KOMUNIKATOR SUPER
Strategi Komunikasi Berkesan untuk Eksekutif dan Pemimpin

Falasi berkenaan komunikasi Tuan, saya adalah orang yang tidak pandai bercakap (pandai berkata-kata), maka saya adalah orang yang tidak pandai berkomunikasi. Bengkel KOMUNIKATOR SUPER: Strategi Komunikasi Berkesan untuk Eksekutif dan Pemimpin direka khusus buat Anda yang berminat menjadikan diri seorang komunikator yang cemerlang. Apabila Anda menyertai program ini Anda akan mempelajari kaedah berkomunikasi cara seorang top performer. Top performer dunia menggunakan alat termaju pengurusan minda (advance mind management tools), suatu kajian seni dan sains kecemerlangan manusia. Ia mendedahkan cara manusia berkir dan menerima maklumat melalui bahasa minda sama ada mereka ini dalam kategori penggambar (visual), pembunyi (auditori), perasa (kinestetik) ataupun pemendam (auditori digital). Kursus ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu DIMENSI KOMUNIKATOR, DIMENSI MESEJ dan DIMENSI PENERIMA MESEJ. Kursus yang membawa komunikator ke tahap baharu dunia komunikasi

Kursus ini memberikan penekanan mengenai sistem komunikasi yang berkesan di mana modul-modul yang diajar tidak akan didapati di luar. Program ini berbeza daripada program-program lain yang pernah saya hadiri kerana ia lebih fokus kepada psikologi dalam komunikasi seharian. Nur Nabila Bt Hasbullah Setiausaha Pejabat Bahagian Akauntan Kementerian Dalam Negeri
Para peserta yang tamat kursus akan dapat: ! Terus mengaplikasikan kaedah komunikasi ini dalam membina hubungan baik dengan sesiapa sahaja dengan menggabungkan elemen psikologi dan fisiologi. ! Berkomunikasi dengan cara yang lebih berpengaruh dan positif. ! Mempasakkan mesej-mesej dengan jelas dan terang ke dalam minda sesiapa mendengar. Halaman 4
FAUZUL NAIM ISHAK Jurulatih kursus ini adalah Certied NLP Master Practitioner (ABNLP), Certied NLP Master Coach, Certied Master Trainer of Time Line Therapy, Certied Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certied Trainer GEM International, Certied Trainer Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia, Certied Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd dan Certied DiSC Prole Analyst. Antara pelanggan yang pernah menjemput beliau adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Tenaga Nasional Berhad. Hubungi Cik Noranita di talian 016 2605 506 ataupun pejabat 03 4149 2560 ataupun layari www.neacademy.com.my untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin juga menyukai