Anda di halaman 1dari 22

GGGA5032

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DR HAFIZ ZAINI
AHLI KUMPULAN 6
P123405 P123185
Najwa Hanani Binti Maryam Najla binti
Tarmizi Mohd Baizid

P123367 P122772
Nur Musoibah bt Noor Faeza binti
Mohd Adzha Arshad
TAJUK:

MEMPERKASA PROFESION KEGURUAN MENERUSI


PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
PENGENALAN
• Guru merupakan profesion yang tertua didunia dan kini memasuki era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai
ilmu berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan.

• Guru juga berperanan sebagai tempat untuk pelajar memperkembangkan


bakat, minat dan kebolehan serta sebagai wadah untuk membina daya
pemikiran yang kritis dan kreatif para pelajar.

• Konsep modal insan lebih menjurus kepada penguasaan ilmu pengetahuan,


kelebihan dan kemahiran yang dimiliki serta keupayaan diri untuk bertindak
dengan tersusun dan terarah bagi mencapai sesuatu matlamat yang ingin
dicapai.
• Ciri-ciri modal insan yang merangkumi tiga aspek iaitu ilmu, kemahiran dan
penampilan termasuklah jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berpengetahuan, berkeperibadian dan juga berkemahiran tinggi dalam
menyelesaikan masalah.
CADANGAN PROGRAM
PEMBANGUNAN INSAN
01
Kem
Kepimpinan
Jati Diri
• Kem kepimpinan jati diri boleh dilaksanakan sama ada di peringkat
sekolah rendah ataupun menengah. Kem yang melibatkan
perkhemahan pada masa kini adalah semakin diminati oleh para
pelajar. (Persekitaran yang berbeza daripada kelas)

• Dengan program serta aktiviti ini guru-guru dapat mengambil bahagian


dalam melaksanakan tugas-tugas sendirian yang telah ditetapkan
untuk bertugas. Antaranya adalah seperti mengendali cara
pertolongan cemas, berkawad kaki, dan juga cara untuk mengawal
tingkah laku pelajar semasa program atau aktiviti itu dijalankan.
• Guru adalah pembimbing yang terpenting bagi seseorang pelajar kerana
guru adalah individu yang paling dekat dengan pelajar ketika berada di
sekolah.

• Nilai yang dapat diterapkan kepada guru ini adalah sikap berani dan
bersedia menanggung risiko sekiranya pada anak didik mereka mengalami
sebarang kemungkinan yang bahaya. Guru akan sentiasa bersedia untuk
bertanggungjawab menjaga anak didik mereka apabila bukan di waktu
persekolahan.

• Guru akan didedahkan dengan aktiviti yang boleh memberi impak kepada
mereka dari segi disiplin, peningkatan akhlak dan sahsiah diri, motivasi diri,
dan sebagainya.
02
Program
Pementoran
Guru Baharu
• Program ini merupakan salah satu daripada program yang menyokong pembangunan
profesionalisme berterusan guru baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki
perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di institusi Pendidikan bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) sama ada melalui lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan ataupun mana-mana bahagian atau jabatan di bawah KPM.

• Pementoran ditakrifkan sebagai satu proses di mana individu yang lebih


berpengalaman bertindak sebagai kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada
individu yang tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang tertentu (Nor’ Ain, Azman,
Mohd Fazir & Najihah, 2017).

• Bertujuan untuk melatih dan membangunkan guru-guru baharu dalam pengetahuan


berkaitan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dalam bidang pendidikan terkini,
pembinaan sahsiah, pengurusan diri, tanggungjawab sosial di sekolah dan sikap
positif bagi menampung keperluan ke arah peningkatan profesionalisme bidang
perguruan.
• Terdapat 2 objektif utama program yang berfokus untuk membantu guru baharu bagi
membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar (Arif dan Mazani, 2022)
ialah:
1- Mengembangkan potensi mereka melalui penguasaan strategi dan kemahiran yang
boleh menyelesaikan masalah pengajaran serta pembelajaran murid.
2- Membangunkan kompetensi profesionalisme secara berterusan melalui peningkatan
kemahiran dan pengetahuan agar dapat memenuhi keperluan pendidikan semasa.
• Rachel (2018) berpendapat bahawa amat penting bagi seorang mentor dipilih
berdasarkan status pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan. Dalam
konteks pementoran, mentor yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan bidang
tugas yang akan dipikul oleh guru baharu yang dibimbing (Gilles, Wang, Fish, &
Stegall, 2018; Lofthouse, 2018). Mentor bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam
pelaksanaan bidang tugas yang sama malah berpengalaman dalam menguruskan
suasana bilik darjah yang serupa.
03
Program
Bina Insan
Guru
• Program ini merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang
dirancang kepada pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri seorang guru yang lengkap.

• Program Bina Insan Guru ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan sahsiah, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru. Bakal guru mahupun guru haruslah mempunyai kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah sangat mulia dan dipandang tinggi oleh
masyarakat.
• Bakal guru atau guru juga akan didedahkan dengan kepelbagaian kemahiran
insaniah untuk memperkasakan kemahiran mereka sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan penyeliaan serta
interaksi sosial guru dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

• Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru perlu


memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta
kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara
(Mohd Zaini, Halidah & Noraini 2018).
04
Program
Bimbingan
Rakan Sekerja
• Membantu guru lain di sekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat
dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan
pengajaran.

• Guru berkongsi kemahiran yang sedia ada dan menyumbang kepada


sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru.

• Dapat menyediakan pengalaman amalan terbaik bagi guru yang dibimbing


seterusnya dapat dikongsikan kepada guru lain. Aktiviti ini secara tidak
langsung dapat membudayakan nilai profesionalisme sesama guru.
• Tujuan utama adalah untuk memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar
dengan mewujudkan budaya penambahbaikan pengajaran berterusan.

• Seterusnya, terdapat tiga cara pelaksanaan program Bimbingan Rakan Sekerja


yang berfokus di dalam bilik darjah antaranya ialah kitaran coaching memerhati
dan memberikan maklum balas, mengajar model pengajaran serta merancang
pengajaran dan co-teaching.

• Peningkatan profesionalisme guru untuk menjalinkan hubungan antara rakan


sekerja bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
RUMUSAN
• Masyarakat pembangunan modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan
lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun
yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

• Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin


yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpotensi, mempunyai
pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif
hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan serta mampu
memajukan lagi negara kita di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah
Pendidikan Negara.

• Kita seharusnya mengingati bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi
pada sesuatu bangsa. Pendidikanlah yang akan menentukan maju atau
mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun ataupun tidak, bersatu atau berpecah
serta berjiwa besar atau kecil.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai