Anda di halaman 1dari 1

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

SEGALA PUJI UNTUKMU YA ALLAH DI ATAS SEGALA NIKMAT PEMBERIAN


YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
TUHAN YANG MEMILIKI KEBESARAN, KEMULIAAN DAN KEKUASAAN,KAMI
HAMBA-HAMBA MU MENADAH TANGAN MENGUCAP SYUKUR KEHADRAT
MU YA ALLAH, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA SERTA RAHMAT MU,
DAPAT KAMI BERHIMPUN BERSEMPENA Mesyuarat Pengurusan Bil 1
Sesi 2024/ 2025 Peringkat SKTPJ3 DI PAGI YANG PENUH BARAKAH INI,
KAMI POHONKAN AGAR MESYUARAT INI AKAN MENDAPAT KEBERKATAN
DAN RAHMAT DARI MU.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan,


kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk
membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa
supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami,


ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-
pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah
kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa
secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan


bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah
apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan
yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai