Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI PENARAFAN AKHIR

PERTANDINGAN LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI


TAHUN 2019
MUKADDIMAH : DOA ARAB

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di HARI PENARAFAN AKHIR
PERTANDINGAN LALUAN PPDA PERINGKAT NEGERI BAGI TAHUN
2019, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, diatas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komitmen dan
iltizam kami untuk memerangi penyalahgunaan dadah habis-habisan.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim….

Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami
juga tidak segagah Nabi Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana
itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan yang mantap, kesihatan mental dan
fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran.

Ya Allah,

Sesungguhnya, kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan


kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini…Justeru…Ya Allah.. berkatilah
perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami. Padukanlah
tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi
menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan Ummah, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan


taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, daripada melanggari
larangan Mu.Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan
berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di
akhirat.

PENUTUP : DOA ARAB

Anda mungkin juga menyukai