Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENUTUPAN

‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله‬,‫الحمد هلل رب العالمين‬


.‫وصحبه أجمعين‬

Ya Allah, Ya Karim,
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri
dan berada dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sofbol Peringkat Daerah
Seremban 2020 pada hari ini.
Ya Allah, Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar,
Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah
penglihatan kami. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha
kami, mutu dan tahap sukan ini akan mencapai kecemerlangan sehingga kami dapat
memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan sukan di negara
yang tercinta .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalali wal ikram,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami. Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaatan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Semoga dengannya dapat kami
berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ya Munzilal kitab wa Ya Hazimal Ahzab,
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati, dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang engkau
pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى‬
‫هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد هلل رب‬
.‫العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai