Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENUTUP

Ya Allah, Ya Karim,
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada
dalam Majlis Perasmian Penutup Kem Bakat Elit Dream Team Sofbol Majlis Sukan Perak.

Ya Allah, Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar,


Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan
kami. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami, mutu dan tahap
sukan ini akan mencapai kecemerlagan sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan
bermakna ke arah memajukan sukan di negara yang tercinta.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalk’ikram,


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami,
Ya Allah kurnialah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah lembut dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami
dengan kesihatan. Semoga dengannya dapat kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal Ahzab,


Ya Allah, jadikalan perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai