Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum warahmatullah wbt, salam sejahtera, Salam .......

Yang dihormati
Yang berusaha ketua blok...... biro2 ladang... ajk
Yang dikasihi ahli blok belia dan hadirin.
Selamat datang ke :
Program bulan kemerdekaan dan malam pra kemerdekaan blok 1 pkt 1 sahabat 04 KALI
Pertama bagi tahun 2022. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis yang diadakan pada malam ini.

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG


MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA PEMANIS
KATA SELAMAT DATANG  AWAL BISMILLAH
PEMBUKA BICARA.
 
SARUNG KETUPAT BERISI INTI
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI MOGA MAJLIS
BERTAMBAH SERI.
 
- nyanyian lagu Negara ku, sabah maju jaya

- lagu patriotic

Di minta semua berdiri, kita akan menyanyikan lagu Negara ku, lagu sabah maju jaya, lagu felda,

Dan akhir sekali lagu patriotic. Yang akan dipimpin oleh kumpulan Ajk Belia dan beliawanis
blok 1 pkt 1 sahabat 4.

-- bacaan Doa

ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN


MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA
MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN
MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA

marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan
inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan program bulan kemerdekaan dan malam pra
kemerdekaan pada malam ini. Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan EN.YUSOF untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Aamin aamiin ya rabbal amiin.terima kasih En yusof dgn bacaan doa itu tadi.

- Ucapan wakli belia.

Majlis di teruskan lagi dengan mempersilakan kepada wakil belia………………………. untuk


menyampaikan ucapan.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih dari wakil belia kita …………….. yang segak lagi bergaya…..
- ucapan ketua blok lelaki / wanita.

- ucapan perasmian.( penyampaian cenderahati)

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG
TIADA PERAHUNYA
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA

Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama daripada tetamu kehormat kita dan merasmikan
program kita pada malam ini. Oleh itu, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput dan
mempersilakan yang dihormati Tuan pengurus rancangan Felda sahabat 4 & 5 EN. Barahim
Bin Kadir. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha ketua blok 01
pkt 01 sahabat 4 EN. Datu ibrahin untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia
Tuan pengurus rancangan Felda sahabat 4& 5,En barahim bin kadir untuk menerima
cenderamata daripada Tuan pengurus.

8.00 malam Acara Bermula

Kita teruskan lagi majlis kita malam ini dengan pertandingan karoke. Peserta akan
menyanyikan lagu-lagu patriotic.

Mari sama-sama kita menjemput dan mendengar kan dendangan lagu yang pertama 1
dipersilaknan……………………………

Seterus nya acara yang dinantikan para peserta kita…

Dijemput tuan pengurus untuk kepentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
sukaneka pagi tadi.majlis mempersilakan.

- penyampaian hadiah mewarna 1,2,3

- penyampaian hadiah sukaneka 1,2,3,4

Peserta ke 2 untuk pertandingan karaoke merdeka di persilakan.

Terima kasih dgn nyanyian itu.

Dijemput ketua blok wanita kita untuk kepentas untuk menyampaikan hadiah kepada
pemenang sukaneka pagi tadi.majlis mempersilakan

- penyampaian hadiah sukaneka 5,6,7,8

- CABUTAN BERTUAH

Peserta ke 3 untuk pertandingan karaoke merdeka di persilakan.

Terima kasih dgn nyanyian itu.


Dijemput ketua blok kita untuk kepentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
sukaneka pagi tadi.majlis mempersilakan

- penyampaian hadiah sukaneka 9,10,11 ,

- CABUTAN BERTUAH

Peserta ke 4 untuk pertandingan karaoke merdeka di persilakan.

Terima kasih dgn nyanyian itu.

Dijemput ketua blok kita untuk kepentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
sukaneka pagi tadi.majlis mempersilakan

- Penyampaian hadiah sukaneka 12,13,14

- Penyampaian Hadiah khas (Q&K)

Peserta ke 5 untuk pertandingan karaoke merdeka di persilakan.

Sebelum kita makan-makan kita ada 1 game lagi. Sambil juri-juri kira markah peserta karoke.
Kita main game dulu.

Game rebut kerusi.

Umunkan pemenang.

- Acara tukar Hadiah

10.00 malam - jamuan makan

Kita telah sampai dipenghujung acara. Saya bagi pihak urusetia maj AJK Belia
blok 1 pkt 1 sahabat 04 ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu
kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis
pada malam ini.

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

Dijemput Yang Berbahagia Tuan pengurus, ketua blok dan ahli blok dan semua tetamu jemputan
untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Majlis mempersilakan. Sekian sahaja, salam
hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

- bersurai.
Terima kasih Saudari Pengacara Majlis

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera

Yang berbahagia

Yang berusaha

Yang dikasihi

Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada Yang Berbahagia Pengurus rancangan Felda Sahabat 04 Tuan Barahim bin kadir

di atas kesudian meluangkan masa ke majlis mala mini iaitu program bulan kemerdekaan dan
malam pra kemerdekaan pada Tahun 2022. Kehadiran Yang berbahagia menunjukkan

keprihatinan dan komitmen pucuk pimpinan tertinggi dalam aspek pengurusan

rancangan Felda.

2. Saya juga mengalu-alukan kehadiran tuan pengurus,SDA DAN SDU ketua blok lelaki / wanita
serta ahli –ahli blok yang hadir

ke majlis yang sangat bersejarah pada malam ini di rumah peneroka en.jata bin merong.
Doa pagi

ِ ‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن الر‬


‫َّحي ِْم‬

َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬

َ‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫َوال‬

Ya Karim , Ya Wadud

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah
ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis sukaneka kami pada hari ini.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami
ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan


jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirat hasanah, waqina


adzabannar."

Aamiin yaa rabbal ’aalamiin


Doa malam

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


.

.  َ‫أجـ َم ِع ْين‬ ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه َو‬


ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫ِـحات‬ َّ ‫ِي بِن ِْع َمتِ ِه َتتِ ّم ُال‬
َ ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri program.

Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar
pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa
hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak keluarga kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak
yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang
merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,

Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang
mendatang daripada-Mu Ya Allah .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) blok kami ini akan
menjadi blok yang cemerlang, terbilang , blok yang disegani dan dihormati samada dalam bidang
akademik mahupun keperibadian .

“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirat hasanah, waqina adzabannar."

Aamiin yaa rabbal ’aalamiin

Anda mungkin juga menyukai