Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS HI-TEA TAHUN 6 SAKSEED 2019

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,


Kami merafakkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Hi-Tea Tahun 6 SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA bagi tahun 2019

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah,
mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,


Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai
salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , menghargai segala jerih payah, susah senang dan segala kenangan anak-
anak kami sepanjang 6 tahun mereka berada di SAKSEED ya Allah. Sesungguhnya segala kenangan pahit dan manis ini
pasti akan dikenang sepanjang hayat mereka.

Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami
kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah
senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami
mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan
cita-cita yang murni.

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-
nabi Ulul’azmi ; kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan
keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para
sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka
satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal
makruf dan nahi mungkar .

Ya Allah, kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah
alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik
perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah
pertemuan kami bersama anak-anak Tahun 6 yang diraikan ini sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan
dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan
keamanan.

t ‫ﱢ‬ َ t ُْ ََ ََ َ ْc َ َ ْ َ L
. ‫ُﻪ َﻋ|ﻦ اﻟَﺤَﺮاِم‬kْ‫ َواْرزﻗُﻪ ِﻣَﻦ اﻟَﺤﻼِل َوَﺟﻨ‬، ‫ﺎﻓﺘُﻪ‬nَ‫ْﻞ ِﺿ‬k‫ﺘُﻪ َوﺗﻘﱠ‬g‫ َوأﺗِﻤْﻢ ِﻧﱠ‬، ‫ﺐ َ[ﺬا اﻟﱠﻄَﻌﺎِم‬ ‫ِﺎرك َﺻﺎِﺣ‬Q ‫اﻟﻠُﻬﱠﻢ‬
َ ً ْ َ َ َ َْ ْ َ َ َ َ L َ َ † ََ َ ْ َ َ ََ َ َ َ L c
‫ﺎ َوﻻ َﻣﻄُﺮْودا َوﻻ‬nŽ‫ُﻌﻨﺎ ﺷِﻘ‬kَŒ‫ َوﻻ ﺗْﺠَﻌِﻞ اﻟﻠُﻬﱠﻢ ِﻓْﻴﻨﺎ َوﻻ َﻣَﻌﻨﺎ َوﻻ َﻣﻦ ﻳ‬، ‫ْﻌِﺪِە ﺗﻔﱡﺮﻗﺎ َﻣْﻌُﺼْﻮًﻣﺎ‬Q ‫ﻨﺎ ِﻣﻦ‬ƒَ‫ َوﺗﻔﱡﺮﻗ‬، ‫اﻟﻠُﻬﱠﻢ اْﺟَﻌْﻞ َﺟْﻤَﻌﻨﺎ [ﺬا َﺟْﻤًﻌﺎ َﻣْﺮُﺣْﻮًﻣﺎ‬
. ‫َﻣْﺤُﺮْوًﻣﺎ‬
‫ﱠ‬ ََ َ ًَ • ًَ ْ ‫ْ َ ﱠَ َ • ﱡ‬ َ t َ ‫َ — ْ َ ﱠ‬c َ ْ َ َْ َ َcْ ْ َ ْ c ْ َ َ َ ُ ْc َ ْ c c َ‫َﱠ‬
‫ اﻵِﺧَﺮِة َﺣَﺴﻨﺔ َوِﻗﻨﺎ ﻋﺬاَب اﻟﻨﺎ|ر‬œž ◌ِ‫ﺎ َﺣَﺴﻨﺔ َو‬nَ‫ اﻟﺪﻧ‬œž ِ ‫ﻦ َر•ﻨﺎ آِﺗﻨﺎ‬š™ | ِ ‫ر•ﻨﺎ ﻇﻠﻤﻨﺎ أﻧﻔﺴﻨﺎ وِ“ن ﻟﻢ ﺗﻐِﻔﺮﻟﻨﺎ وﺗﺮﺣﻤﻨﺎ ﻟﻨ–ﻮﻧﻦ ِﻣﻦ اﻟﺨﺎ‬
¨َ• ْ ‫ﻟـﻤ‬c‫ﻟَﻌﺎ‬t‫ َرﱢب ا‬ªِ ‫ﻟَﺤْﻤُﺪ‬t‫¨ َوا‬• © ‫ﻪ أﺟﻤﻌ‬k‫ آﻟﻪ وﺻﺤ‬¥‫ﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋ‬n‫ ﺳ‬¥‫ ¦ ﻋ‬¥‫وﺻ‬
©ِ ِ

Anda mungkin juga menyukai