Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-
puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-
puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Hadirin yang dimuliakan,

Assalamualaikum w.b.t, salam damai dan salam sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Ceramah
Umum Motivasi Pelajar

Anjuran Bersama Krt Kg. Ritting, Krt Kg. Takad Atas Dan Pi1m

Untuk memulakan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar majlis ini diberkati dan berjalan dengan
lancar.

Al-Fatihah..

Teks Doa Buka Majlis

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


َ‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬َ ‫السالَ ُم َعلَى‬َّ ‫َالصالَة َُو‬ َّ   , َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
ٌ ‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْوبِ َنا ِغالًّ لِلَّ ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباإلِ ْي َم‬
َ َ‫اغف ِْرلَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوإلِ ْخ َوانِ َنا الَّ ِذ ْين‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬

‫يا هللا يا رحمن يا رحيم‬

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa  kesyukuran di atas kurniaanMu yang
tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di  atas nikmat yang melimpah
. ruah kepada kami
‫يا عليم‬  ‫يا فتاح‬

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas
bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkannya.

‫يا ذا الجالل واالكرام‬

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan
semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,

masyarakat dan negara kami.

، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬


َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫ار َو‬ َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬  
َ‫العالَ ِم ْين‬
8.30 am Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia en. Kennedy Datuk John Angian , Pemimpin Pembangunan
Masyarakat, N33 Bingkor . Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang berbahagia en. Kennedy Datuk john angian


Pegawai pembangunan masyarakat n33 bingkor

Yang dihormati
En. Jaslih Salam WKAN
K.K Jelius Lawang
Pegawai polis pondok Apin-Apin tn. Nelson
Yang Berusaha
En. Johari mahadi Pengerusi KRT kg takad atas,
En. Zinin Rahmat Pengerusi KRT Kg. Ritting
En. Hendry Paulus Pengerusi KRT Kg. Kikiran

Cik. Norhanim Jani wakil daripada PI1M cawangan Apin-Apin

Peserta-peserta Seminar Dan hadirin sekalian

Selamat datang ke :

Program Ceramah Umum Motivasi Pelajar Anjuran Bersama Krt Kg. Ritting, Krt Kg. Takad Atas Dan Pi1m .

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berusaha En. Kennedy Datuk John
Angian kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua peserta seminar yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman.
Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu
hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina’.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Joharie Mahadi, Pengerusi
Penganjur  Program Ceramah Umum Motivasi Pelajar merangkap Pengerusi KRT Kg. Takad atas untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Joharie Mahadi atas ucapan
tersebut.

Majlis seterusnya mempersilakan  Yang Berusaha En. Kennedy Datuk John Angian,


Pemimpin pembangunan masyarakat, n33 bingkor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Ceramah Umum Motivasi Pelajar . dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En.
Kennedy Datuk John Angian  atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk
bersama-sama memperbaiki diri masing-masing dan terus maju kehadapan.

Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,


Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha En Joharie Mahadi PKRT Kg. Takad atas dengan diiringi
oleh Yang Berusaha En. Zinin Rahmat PKRT Kg. Ritting naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,


Dijemput Ybhg En. Kennedy Datuk John Angian ke tengah pentas bagi penyampaian cenderahati.
Dipersilakan.

Ribuan terima kasih di ucapkan atas kesudian menyempurnakan penyampaian cederahati.

(Minum pagi)*
Dijemput kepada tetamu kehormat, vip dan para hadirin sekalian untuk menjamu selera di ruangan yang
telah disediakan.

9.00-10.00 pagi. Ceramah sesi pertama

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan acara kita pada pagi ini dengan menjemput ………………………………………………… bagi
menyampaikan slot ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sesi Soal Jawab

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada para peserta program boleh mengemukakan
pertanyaan kepada tuan penceramah.

10.00- 11.00 pagi Ceramah sesi kedua

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Kita teruskan acara kita pada pagi ini dengan menjemput ………………………………………………… bagi
menyampaikan slot ceramah bagi sesi kedua. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Sesi Soal Jawab

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada semua peserta program boleh mengemukakan
pertanyaan kepada tuan penceramah.
Terima kasih kpd En. Atas ceramah yang diberikan sebentar tadi

11.00 pagi Penutup

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Ceramah Umum Motivasi Pelajar

Anjuran Bersama Krt Kg. Ritting, Krt Kg. Takad Atas Dan Pi1m . ucapan tahniah buat semua peserta yang
memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam seminar ini dan berkongsi
dengan rakan-rakan yang tidak dapat turut seta dalam program ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah s.w.t. dan kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
jemput semua menjamu selera.

Dijemput kepada tetamu kehormat dan para hadirin sekalian untuk menjamu selera di ruangan yang telah
disediakan..

Sekian, terima kasih.....


Assalammualaikum wbkt, selamat sejahtera dan semoga berjumpa lagi..

Anda mungkin juga menyukai