Anda di halaman 1dari 2

Doa Pembuka Majlis Ilmu







Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah
kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada
nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hatihati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya
kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai