Anda di halaman 1dari 2

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa

bersyukur di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hambahamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah
kepada kami.
Ya Allah Ya rahman Ya Rahim
Sempena dengan Majlis Dialog Prestasi SK Kuala Lemai pada pagi ini,
kami memohon kepada Mu agar majlis kami pada pagi ini diberkhati dan
berjalan dengan jayanya. Jadikan majlis pada pagi ini pemangkin kepada
kami, warga SKKL untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih agar dapat
meningkatkan pencapaian UPSR dan sekali gus mengharumkan nama
sekolah yang tercinta ni. Kau satukan lah hati-hati kami untuk terus
menjalinkan hubungan yang murni dengan warga Pejabat Pendidikan
Daerah Selangau agar kami dapat berkongsi segala kebaikan sesama
kami.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan
ketabahan menghadapi perjuangan kami mendidik anak-anak Malaysia.
Permudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.
Terangkan hati anak-anak didik kami agar mudah menerima ilmu yang
disampaikan agar mereka menjadi insan yang terdidik yang berhati mulia.
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadilkanlah
kami para guru terus beristiqamah dan ikhlas menabur bakti bagi
membangunkan umat, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Ya Munzilal Barakat

Berkhatilah bumi bertuah ini. Jayakanlah usaha yang kami anjurkan ini
agar kami dapat menjadi guru yang lebih berkualiti bagi melahirkan murid
yang lebih berinovasi. Mudah-mudahan majlis pada hari ini dapat
memberi manfaat kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai