Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Guru peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis..
Ya Allah ya Tuhan kami,
Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini perlu digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini. Tanggungjawab mendidik, mengasuh dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan, lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik SMK Methodist ACS bermohon dan bermunajat kepada mu agar menjadikan segala urusan mendidik dan mentarbiah anak didik kami ini dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan kefahaman yang mendalam dan dikira sebagai amalan soleh .
Ya Allah ya Rohman ya Rahim
Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara di sekolah ini..
Ya Allah Ya Rahman . Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.