Anda di halaman 1dari 1

 

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM 


Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
kepadaMu, kerana dapat berkumpul dan berhimpun bagi mengadakan MAJLIS
PERASMIAN BANGUNAN DEWAN INI. Kami bermohon dan bermunajat
kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoan dan
keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis.

 YA ALLAH ya tuhan kami,

Jadikanlah majlis ini sebagai WASILAH kepada kami untuk memperolehi ganjaran
di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, segala sumbangan yang telah kami beikan
untuk pembinaan dewan sekolah ini adalah datang dari rezekiMu jua Ya llah.

Ya llah, Lindungilah dewan kami ini dari segala musibah dan mala bahaya dan
engkau berilah kekuatan kepada kami bagi melaksanakan pelbagai program yang
mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, dan mengharumkan nama agama,
bangsa dan negara. Mudah mudahan dengan usaha ini akan menjadikan sekolah
ini, terus kekal lebih cemerlang, disegani dan dihormati .

Kami mohon kepada-Mu Ya llah, semoga diperkukuhkan perpaduan,


dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman agar segala hasrat dan
cita-cita kami menjadi kenyataan

Anda mungkin juga menyukai