Anda di halaman 1dari 1

Doa Hari Kesihatan 2019

Kita mulakan dengan ummul kitab al fatihah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha


Penyayang. Kami menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami kerana dengan
limpah kurnia-Mu dapat kami berkumpul pada hari ini. Sempena Hari Kesihatan, Hari
Program Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan untuk semua warga
Kampung Kebuaw yang diadakan pada hari ini 28 Januari 2019.

Wahai tuhan kami, permudahkanlah setiap pekerjaan kami dan teguhkanlah


pendirian kami dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah! Lindungilah
negara kami yang tercinta ini, dari segala mara bahaya, agar kami dapat hidup
dalam aman merdeka. Sesungguhnya Engkau lemah lembut kepada hamba-
hambaMu, Engkau mengurniakan kepada siapa yang Engkau kehendaki. Padahal,
Engkaulah Yang Kuat, Yang Gagah.

Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami dari pihak-Mu keturunan yang baik dan
yang sihat, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami, terangilah hati kami, teguhkan iman kami,
baikkan amal perbuatan kami, berkatilah rezki kami, sihatkanlah tubuh badan kami,
waraskanlah akal fikiran kami dan dekatkanlah kami dengan kebaikan serta
jauhkanlah mereka dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar kami menjadi kakitangan yang soleh dan
soleha, yang senantiasa taat kepadaMu, berbakti kepada kedua orang tuanya dan
menghormati ketua-ketua kami. Jadikanlah kakitangan, anak anak murid SK
kampung kebuaw serta masyarakat kampung ini sihat, waras dan bertaqwa, yang
menjadi harapan nusa bangsa untuk bekerja dengan sihat dan cemerlang.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami, Jadikanlah juga kami kakitangan yang menegakkan solat.
Wahai Tuhan kami. Kabulkanlah doa kami.
{‫سنَةً ال ُّد ْنيَا فِي َءا ِتنَا َربَّنَا‬ ِ ْ‫سنَةً ا‬
َ ‫آلخ َرةًِ َوفِي َح‬ ًَ َ‫ار َعذ‬
َ ‫اب َوقِنَا َح‬ ًِ َّ‫}الن‬
َّ
‫ص لى‬ َ
َ ‫سيِ ِدنَا َعلىًُهللا َو‬ َ َ ‫ًِو ْال َح ْم ًُد أجْ َم ِعيْنًَ َو‬
َ ً‫صحْ بِ ًِه َءا ِل ًِه َو َعلى ُم َح َّمد‬ َ ْ
ًِ ‫العَالَ ِميْنًَ َر‬.
َ ًِ‫ب لل‬
Aminًyaًrabbalً‘Alamin

Anda mungkin juga menyukai