Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI KEMERDEKAAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على اشرف االنبيآء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله‬
‫وصحبه اجمعين‬

‫ا‬Ya Allah segala puji bagi Mu yang mencipta alam semesta. Pada hari ini kami berhimpun
bagi memanjatkan rasa kesyukuran di atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau
kurniakan kepada kami. Lantas mengingat dan menyedarkan kami dengan penuh
keinsafan terhadap kekayaan dan kekuasaan Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat

Kemerdekaan yang telah Engkau berikan kepada tanah air kami adalah nikmat yang tidak
dapat kami nukilkan dengan kata-kata. Kami mengharapkan hasil perhimpunan patriotic
yang sebegini dapat mencambahkan minda kami dan seterusnya mengikat hati-hati kami
dengan perasaan kasih dan cinta kepada Mu.

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi

Kami amat bersyukur kepada Mu kerana dengan kemerdekaan ini dapat kami lebarkan
ruang-ruang kehidupan kami sehingga kami merasa lebih selesa dan lebih harmoni
seterusnya dapat kami beribadah dan mengabdikan diri kepada Mu serta memenuhi
tuntutan Mu agar Negara kami dibangunkan semula atas syariat Mu.

Ya Allah , Qaadhial Hajat

Kami bermohon kepada Mu, teguhkanlah pendirian kami agar sentiasa terhindar daripada
segala bentuk penjajahan oder baru dalam dunia serba moden, dunia tanpa sempadan.

Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami dari tertawan kepada keasyikan duniawi sehingga
meruntuhkan akhlak. Jauhilah anak-anak bangsa kami daripada gejala negatif yang tidak
bermanfaat

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Engkau bimbinglah murid-murid di Negara kami agar sentiasa tabah dan terpelihara
daripada kerosakan dan kebinasaan. Permudahkanlah mereka menerima apa bentuk
kebaikan dan tutupkanlah apa juga jalan yang mengarahkan mereka kepada jalan
kejahatan.

Ampunkanlah kami ya Allah, serta rahmatilah roh-roh para pejuang kemerdekaan Negara
kami. Betulkanlah segala kesilapan kami ya Allah, redhakanlah kehidupan kami ya Allah
dan sinarilah Nur Mu ke dalam hati-hati kami.

‫ربنا أتنا فى الدنيا حسنة وفى االخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين‬
‫سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسالم على المرسلين والحمد هلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai