Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN RPR JALAN ASTANA

93050 KUCHING SARAWAK.

KERTAS KERJA

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA BAGI MURID-MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN RPR JALAN ASTANA, KUCHING, SARAWAK.

PERMOHONAN DANA UNTUK PERTIMBANGAN

YANG BERHORMAT

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF

Disediakan oleh :

PIBG SK RPR JALAN ASTANA KUCHING.


PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan RPR Jalan Astana diberi nama bersempena dengan


Taman RPR Fasa 1, di mana ianya terletak ditengah-tengah kawasan taman tersebut.
Tahun demi tahun , keperluan pendidikan semakin pesat membangun, bilangan murid
semakin bertambah ramai dan desakan masyarakat setempat yang inginkan anak-anak
mereka mendapat pendidikan yang lebih sempurna maka lahirlah sebuah sekolah baru.

Sekolah ini didirikan di suatu tempat lapang di mana pada awalnya setiap tahun
ada satu kelas sahaja dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid-murid ini bukan saja datang
dari sekitar kawasan sekolah ini malah ada yang dari luar seperti dari Kg Semerah Padi
sehingga Semariang. Sekolah ini telah ditubuhkan pada bulan Disember 1989. Pada
tahun berikutnya pula kelas Tahun 1 bertambah menjadi dua buah dan semenjak itulah
setiap kelas bertambah menjadi empat kelas sampailah ke hari ini.

Meskipun sekolah ini masih baru, namun hasil usaha gigih guru-guru, murid-
murid dan sokongan padu Persatuan Ibubapa dan Guru, sekolah ini telah membuktikan
bahawa usia yang masih muda bukanlah batu penghalang untuk melahirkan pelajar-
pelajar yang berjaya.

RASIONAL DAN LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh pihak pentadbiran
Sekolah Kebangsaan RPR Jalan Astana dan PIBG SK RPR Jalan Astana . Kertas kerja
ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira
penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru Sekolah
Kebangsaan RPR Jalan Astana. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap
sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di
samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.

Perancangan dan pelaksanakan aktiviti atau pun projek ini telah dipersetujui oleh
pihak sekolah serta komitmen PIBG sekolah yang tinggi ke arah memastikan
kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas PIBG untuk
menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah
serta turut menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.

Justeru itu, pembinaan dewan ini memenuhi aspirasi PIBG yang dianggotai ibu
bapa murid-murid SK RPR Jalan Astana untuk membantu guru-guru menjadikan
profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dalam
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam pembangunan negara,bangsa dan agama. Ini bagi membentuk
golongan murid-murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin serta sahsiah murid-murid
supaya dapat memainkan peranan positif ke arah kejayaan dan kecemerlangan
sekolah.

Selain itu, PIBG juga prihatin terhadap persekitaran sekolah. Atas dasar
tanggungjawab PIBG terhadap persekitaran sekolah, adalah wajar agar sekolah
mempunyai kaedah untuk membudayakan ilmu bukan sahaja tertakluk di dalam
persekitaran sahaja malah boleh disebarkan di luar terutamanya di sekolah.
MAKLUMAT PIBG SEKOLAH

PENAUNG
Yang Berhormat
Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali
ADUN N 7, Semariang

PENASIHAT
En. Ayup Bin Bujang

YANG DIPERTUA
En. Yul Haidzir bin Razali

NAIB YANG DIPERTUA


En. Busiai bin Seman

SETIAUSAHA
En. Changai anak Nyambong

TIMBALAN SETIAUSAHA
Pn. Azalina Bt. Mohd Sabri

BENDAHARI
Pn. Mariana Bt. Pani

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
En. Mat Saat @Malek Bin Hj. Kassim
En. Salihan bin Dinosi
Pn. Rismiyati Bt. Rosli
Pn. Darina Bt. Ibrahim
Cik Safinah Bt. Dinel
En Mohd. Othman b. Narudin
Pn. Dyg Rokina Bt. Awang Shahrial
Pn. Dyg Elvy Sukaseh Bt. Awg Adnan
Pn. Siti Hajar Bt. Ibrahim
En. Jeffry Eddy
Pn. Nuraina Agnes Abdullah

KETUA KSIB
En. Rashid

JURUAUDIT DALAMAN
Pn. Dayang Zakinah Bt. Abang Zulkifli

MATLAMAT

1. Membina dewan berbumbung di belakang blok D supaya murid-murid SK RPR


Jalan Astana dapat melakukan aktiviti yang lebih komprehensif dan kondusif.

2. Aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan tidak tertangguh walaupun
keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

OBJEKTIF

1. Melahirkan murid yang berdisiplin melalui perhimpunan harian.

2. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum kerana mempunyai tempat untuk


menjalankan aktiviti walaupun hari hujan.

3. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum khususnya mata


pelajaran Pendidikan Jasmani melalui kemudahan prasarana.
4. Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan.

TUJUAN

Memandangkan jumlah murid bertambah, sekolah memerlukan kemudahan


infrastruktur untuk kemudahan murid. Antara masalah utama ialah sekolah tidak
mampu menampung semua aktiviti serentak untuk dijalankan. Masalah ketiadaan
tempat tambahan menjadi semakin rumit khususnya semasa hujan.

Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu terpaksa diadakan di kantin atau kawasan
terbuka kerana kekurangan kawasan yang sesuai. Dengan sebab itu, sekolah
memerlukan kawasan berbumbung untuk menjalankan aktiviti kokurikulum.

Dengan pembangunan dewan serbaguna ini, perancangan aktiviti dan program


yang dijalankan di kawasan ini dapat dijalankan dengan teratur dan menarik minat
murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. Di
samping itu, setiap aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim di antara setiap penduduk. Selain itu juga, dengan adanya dewan ini
berkurangnya aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit dan banyak lagi.

SPESIFIKASI UMUM

1. Ukuran tapak (rujuk lampiran)

2. Tiang Besi / Kerangka

3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi

4. Lampu 30 unit

5. Kipas angin 20 unit


6. Lantai bersimen.

7. Gelanggang serbaguna (Bola baling dan bola jaring)

8. Keperluan fasiliti tambahan seperti sistem audio yang lengkap.

ANGGARAN KOS

Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ialah RM 150,000.00


(Ringgit Malaysia : Satu ratus lima puluh ribu sahaja.)

Bayaran Sumbangan

Pihak kami menganggarkan jumlah keseluruhan kos pembinaan dewan baru


sebanyak RM 150,000.00 tetapi sekiranya pihak tuan boleh membantu memberikan
sedikit sumbangan, pihak tuan boleh sumbangkan kepada PIBG SK RPR Jalan Astana
secara tunai, cek, atau pihak tuan boleh menghantar kontraktor binaan sendiri ke
sekolah untuk melakukan kerja-kerja pembinaan dewan sekolah atau bank in terus ke
akaun PIBG SK RPR Jalan Astana . Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:

Nama Akaun : PIBG SK RPR Jalan Astana

No Akaun : 11013010033021

Bank : Bank Islam

Hubungi :

Encik Ayup bin Bujang

Guru Besar

SK RPR Jalan Astana 0198666824


Encik Yul Haidzir bin Razali

YDP PIBG

SK RPR Jalan Astana 0196689011

Tel Pejabat : 082-446293

Penutup

Kemampuan kewangan sekolah yang terbatas menjadi cabaran utama pihak


sekolah untuk menyediakan fasiliti dan prasarana yang terbaik untuk murid-murid kami
bagi melahirkan insan berguna di masa hadapan. Namun ini tidak akan menghalang
kami untuk melahirkan idea-idea bagi meningkatkan prestasi murid.

Sehubungan dengan ini pihak pengurusan SK RPR Jalan Astana dan PIBG amat
berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini
memandangkan ianya dapat memberi faedah jangka panjang kepada murid-murid
sekolah ini.

Selain daripada itu, sumbangan daripada pihak tuan berkemungkinan besar


memberi peluang dan menjadi contoh teladan yang baik kepada individu, syarikat atau
mana-mana pihak untuk menyumbang dalam bentuk sumbangan yang lain kepada
pihak sekolah ,sebagai tujuan promosi dan sekaligus memberikan pandangan imej
yang baik berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan hati pihak tuan
menyediakan fasiliti yang begitu bermakna pada masyarakat di mana perjuangan tuan
demi untuk kesejahteraan rakyat turut dikongsi bersama-sama dengan masyarakat.
Pihak PIBG amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Allah.

Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada pihak
tuan.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Disokong oleh,

( EN YUL HAIDZIR BIN RAZALI ) ( EN AYUP BIN BUJANG )

YDP PIBG, GURU BESAR,

SK RPR Jalan Astana, SK RPR Jalan Astana ,

Kuching. Kuching.
CADANGAN TAPAK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA

ANGGARAN UKURAN LUAS DEWAN

Anda mungkin juga menyukai