Anda di halaman 1dari 7

SK KG PASIR 2021

CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK

1. LATAR BELAKANG PROJEK

SK Kampong Pasir adalah sebuah sekolah yang pada asalnya sebuah


sekolah rakyat yang telah ditubuhkan pada tahun 1957. Bangunan sekolah ini
telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung dengan
dibantu oleh pihak R.I.D.A. Ianya dibuka dengan rasmi pada 2 Jun 1957.

SK Kampong Pasir terletak di 21 km dari Bandar Johor Bahru. Sekolah


ini melaksanakan sistem persekolahan dua sesi dengan enrolmen murid
seramai 780 orang dan bilangan guru serta staf sokongan seramai 61 orang.
Dewasa ini SK Kampong Pasir telah banyak mengalami perubahan dalam
semua aspek yang bermula daripada perubahan fizikal, prasarana yang dapat
mewujudkan iklim yang kondusif sehinggalah kepada peningkatan akademik,
sahsiah, dan kokurikulum.

Justeru itu pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru mengambil inisiatif mengemukakan kertas cadangan pembangunan
landskap tembok sekolah ini sebagai salah satu usaha dalam memperkasakan
keselamatan warga sekolah khususnya murid. Laluan ini akan dibangunkan
untuk menjadi satu laluan yang selamat, kondusif dan mesra pengguna.
Keselamatan murid merupakan aspek utama ke arah merealisasikan konsep
sekolah selamat terutamanya untuk SK Kampong Pasir yang terletak
berdekatan dengan jalanraya besar iaitu Jalan Skudai yang mempunyai 3
laluan jalan untuk satu arah. Persekitaran luar sekolah juga yang diketahui
umum mencatatkan kadar jenayah yang agakmembimbangkan dilihat sebagai
salah satu risiko yang perlu dielakkan dengan pelbagai cara.

Laluan yang ada sekarang ini berada di dalam keadaan dipenuhi lalang,
gelap dan kusam dan ini dilihat sangat berbahaya untuk keselamatan murid.
Persekitaran ini boleh menjurus ke arah berlakunya perkara yang tidak diingini
dan tidak juga menolak kemungkinan terdapatnya binatang berbisa yang
menjadikan persekitaran laluan sebagai habitat mereka. Oleh itu, usaha
memulihkan laluan ini dengan pembinaan mural pada tembok, landskap yang

1
SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK
ceria dan laluan yang diterangi lampu amat perlu bagi menjamin keselamatan
murid.

Warga sekolah terutamanya pentadbir dan tenaga pengajar optimis


terhadap perkembangan potensi, kemajuan jasmani dan keluhuran rohani
pelajar di sekolah ini. Justeru itu, pembangunan landskap tembok sekolah ini
dilihat sebagai satu mekanisma dan usaha dalam memastikan keselamatan
pelajar yang akhirnya dapat membentuk wadah generasi pelajar yang kukuh
jati diri serta nilai kemanusiaannya.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SK. Kampong Pasir


Alamat : KM 11 Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor
Tarikh ditubuhkan : 2 Jun 1957
Kod : JBA 1035
Kategori :A
JPN : Bandar
No. Telefon : 07-2361375
No. Fax : 07-2359129
Laman Web : www.skkampongpasir.blogspot.com
E-mail : jba1035@gmail.com
Luas kawasan : 63000 Meter Persegi
Bandar/mukim : Bandar Johor Bahru
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Peringkat : Sekolah Rendah
Nombor Pendaftaran PIBG : JPJ/PIBG/0451

Nama Akaun : PIBG SK Kampung Pasir

Nombor Akaun Bank : 01041010002024

Bank : Bank Islam (Cawangan Tampoi)

Pegawai Bertanggungjawab: Syakirin bin Ahmad (Yang Dipertua PIBG)


012 7312705
Shahriza bt Aziz @ Adan (Setiausaha PIBG)
0137221976

2. MATLAMAT

2
SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK
Sekolah sebagai institusi pendidikan dapat merealisasikan pembinaan modal
insan yang dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) dan NKRA.

3. OBJEKTIF PROJEK
Projek ini dijalankan berdasarkan objektif - objektif berikut:

3.1.1 Mewujudkan persekitaran laluan murid di sepanjang tembok di luar


sekolah yang selamat, kondusif dan mesra pengguna bagi menjamin
keselamatan murid memandangkan kedudukan sekolah yang terletak di
tepi jalanraya utama dan persekitaran luar sekolah yang kurang sihat

3.1.2 Menceriakan kawasan sekolah luar sekolah bagi memotivasikan


keinginan murid untuk datang ke sekolah dan seterusnya meningkatkan
rasa minat untuk belajar.

3.1.3 Menyediakan satu pemandangan yang mewujudkan rasa sekolah


selamat untuk komuniti sekolah dan masyarakat setempat.

3.1.4 Menyemai budaya menderma serta membuat amal jariah untuk


kebajikan sekolah di kalangan komuniti

4. TARIKH
Bermula Oktober 2021 sehingga dana mencukupi

5. KUMPULAN SASARAN
5.1 Guru-guru dan kakitangan
5.2 Ahli Jawatankuasa PIBG
5.3 Syarikat Korporat
5.4 Ibu bapa dan Murid.
5.4 Orang awam

6. MASA PELAKSANAAN

3
SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK
Tiada had

7. PENGLIBATAN
Semua guru, murid dan warga kerja SK Kampong Pasir serta Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

8. KOMPONEN PROJEK
Projek pembangunan landskap tembok yang dicadangkan merangkumi kerja-
kerja berikut:-
Bil Brif Projek
1. Lukisan mural di sepanjang tembok sepanjang 170 m
2. Penanaman pokok hiasan di sepanjang tembok
3. Lampu kecil bagi menerangi kawasan tembok

9. GAMBAR TEMBOK LUAR SK KG PASIR

4
SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK

10. ANGGARAN KOS


Anggaran kos bagi projek pembangunan landskap tembok ini diangggarkan
berjumlah RM15, 000.

11. JAWATANKUASA PENGELOLA

11.1 Penasihat : Pn Nooraishah bt Othman


11.2 Pengerusi 1 : En. Syakirin bin Ahmad
11.3 Pengerusi 2 : Pn. Norliza bt Ansor
11.4 Naib Pengerusi 1 : Pn. Fariza bt Uyop
11.5 Naib Pengerusi 2 : Pn. Mahnom bt Hasim
11.6 Naib Pengerusi 3 : En. Shamsul Anuar bin Safar
11.7 Naib Pengerusi 4 : En. Arman bin Omar
11.8 Penyelaras : Pn. Norliza bt Mohd Shah
11.9 Penolong Penyelaras: Pn. Rohainiza bt Mohd Pasari
11.10 Setiausaha : Pn. Shahriza bt Aziz @ Adan
11.11 Naib Setiausaha : Cik Siti Maisarah bt Mohd Wahed
11.12 Bendahari : Pn. Emy Norain bt Sawal
11.13 Naib Bendahari : Pn. Nurul Huda bt Shariff

11.14 Ahli Jawatankuasa

5
SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK
11.14.1 Pn. Rohazidah bt Kamilin
11.14.2 En. Juhan b Che Yaman
11.14.3 En. Iskandar Al-Mahdi b Mohd
11.14.4 Cik Liew Yiing Yng
11.14.5 Cik Nani Syafiqah bt Sehat
11.14.6 Pn. Wan Hasliza bt Wan Ismail
11.14.7 Pn. Masrinah bt Salikin
11.14.8 Pn. Noor Hazlina bt Mohd Ghani
11.14.9 Pn. Aminah bt Anoi

12. PENUTUP

Warga sekolah menaruh sepenuh kepercayaan projek pembangunan


landskap tembok sekolah ini dapat akan mewujudkan persekitaran sekolah
yang selamat khususnya untuk murid dengan ruang pejalan kaki yang dijaga
dan ditambah dengan rekaan landskap yang menceriakan memberikan
semangat kepada warga sekolah terutamanya kepada anak didik sekolah
supaya lebih berminat untuk hadir ke sekolah, untuk belajar dan seterusnya
mencapai kecemerlangan. Projek ini juga diharapkan dapat memberikan
semangat kepada warga sekolah terutamanya kepada anak didik sekolah
supaya lebih berminat untuk hadir ke sekolah, untuk belajar dan seterusnya
mencapai kecemerlangan akan mewujudkan persekitaran sekolah yang
selamat khususnya untuk murid dengan ruang pejalan kaki yang dijaga dan
ditambah dengan rekaan landskap yang menceriakan. Diharapkan dana ini
dapat dikumpulkan bagi menolong sebuah sekolah yang berusia 60 tahun yang
kebanyakkan ibu bapanya adalah dari golongan berpendapatan sederhana dan
miskin bagi membangunkan kemudahan prasarananya.

6
KERTAS KERJA
PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK SK KG PASIR 2021
CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP TEMBOK
Di sediakan oleh:
SK KG PASIR
Di semak oleh:

__________________________ ________________________
SHAHRIZA BINTI AZIZ @ ADAN NOORAISHAH BT OTHMAN
Setiausaha PIBG 2021/2022 Guru Besar,
SK Kampong Pasir SK Kampong Pasir
Johor Bahru Johor Bahru

Di sahkan oleh:

_________________________
SYAKIRIN BIN AHMAD
Yang DiPertua PIBG 2021/2022
SK Kampong Pasir
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai