Anda di halaman 1dari 2

DOA TAKLIMAT KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

. .
Allahhumma Ya Karim, Tuhan kami Yang Maha Pemurah Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami . Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. Allah Humma Ya Rahim, Anugerahkan kepada kami ketajaman daya imaginasi, kreatif, inovasi, dinamik dan berketrampilan. Perkuatkanlah anggota dan minda kami untuk meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan visi dan misi Kementerian ini, agar segala kesepakatan dalam perancangan KIK ini menyeluruh dan mudah direalisasikan tanpa banyak karenah dan kecelaruan. Ya Allah.. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan. Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

. . .

Anda mungkin juga menyukai