Anda di halaman 1dari 21

ADSA2203

KAJIAN TEKS HADIS BUKHARI DAN MUSLIM 1

SEMESTER MEI 2021

NAMA : MOHD FADHIL BIN JASNI

NO. KAD PENGENALAN : 840801125623

NO. MATRIK : 840801125623001

NO. TELEFON : 0198317704

EMAIL : ahdellz8484@GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 METODOLOGI PENULISAN HADIS

2.1 Imam Bukhari 4

2.1.1 Dari sudut penulisan 6

2.1.2 Dari sudut periwayatan 7

2.2 Imam Muslim 9

3.0 KEUTAMAAN SAHIH BUKHARI BERBANDING


SAHIH MUSLIM 10

4.0 KITAB AL-FITAN 13

5.0 KONSEP FITAN DALAM KONTEKS PENGAJARAN


DI SEKOLAH 15

6.0 PENUTUP 18

7.0 RUJUKAN 19

2
1.0 PENGENALAN

Hadith adalah sumber rujukan yang kedua dalam syariat Islam setelah

al-Qur’an. Ianya sangat penting kepada umat manusia kerana tanpa hadis kita

tidak dapat memahami, mengenali dan mengamalkan ajaran-ajaran yang

terkandung di dalam al-Qur’an. Ini disebabkan fungsi hadith yang utama

adalah sebagai pentafsir makna atau ayat-ayat yang terdapat di dalam al-

Qur’an khususnya ayat yang sukar untuk difahami.

Tidak semua perkara diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an

terutamanya bekaitan hukum-hakam sepertimana yang ada pada hari ini. Oleh

sebab itu, umat Islam tidak boleh meninggalkan atau memisahkan hadith

Nabi SAW dengan kehidupan mereka. Daripada hadis maka muncullah

beberapa muhaddisin yang terkenal antaranya Imam Bukhari dan Imam

Muslim. Antara karya hadith yang paling agung adalah sahih al-Bukhari. Diikuti

dengan sahih Muslim dan beberapa lagi karya yang lain.

3
2.0 METODOLOGI PENULISAN HADIS

2.1 Imam Bukhari

Manhaj Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari telah memilih hadith-hadith yang sahih untuk

dimuatkan di dalam karya beliau ini. Akan tetapi, beliau tidak meletakkan

kesemua hadith-hadith yang sahih kerana khuatir ia akan menjadi panjang

(terlampau banyak hadith). Selain itu juga, imam al-Bukhari akan memilih

hadith-hadith yang bersesuaian dengan bab-bab yang terdapat di dalam

sahihnya. Tambahan pula, imam al-Bukhari terkenal dengan manhaj ikhtisar

(memendekkan teks atau matan hadith) iaitu beliau tidak mendatangkan

matan hadith dengan penuh.

Jika melihat kepada nama sahih al-Bukhari, itu telah jelas menunjukkan

manhaj imam al-Bukhari dalam menghasilkan karya beliau ini. Antaranya, al-

Jami’ iaitu menghimpunkan, al-sahih iaitu hadith-hadith yang sahih, al-Musnad

iaitu hadith-hadith yang mempunyai sanad yang bersambung kepada

rasulullah SAW dan juga al-Mukhtasar iaitu memendekkan atau memotong

4
matan hadith. Di samping itu, imam al-Bukhari telah memilih daripada 100 ribu

hadith yang sahih untuk dimuatkan ke dalam karya beliau. Hal ini difahami

melalui perkataan imam al-Bukhari sendiri:

َ ‫ص ِحيْح َوأَ ْع ِرفُ ِمائَت َْي أَ ْلف َح ِديْث َغيْر‬


‫ص ِحيْح‬ َ ‫أَحْ فَظُ ِمائَةَ أَ ْلف َح ِديْث‬

Maksudnya: “Aku menghafal 100 ribu hadith yang sahih dan aku juga tahu 200
ribu hadith yang tidak sahih”.

Cara-Cara Imam al-Bukhari Menulis Hadith Di Dalam Sahihnya

Imam al-Bukhari sendiri mengatakan bahawa beliau tidak akan menulis

hadith di dalam karyanya itu melainkan beliau akan membersihkan diri (mandi

atau berwudhuk) terlebih dahulu dan solat dua rakaat. Solatnya ini merupakan

solat Istikharah memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menerima

amalannya ini serta memberkatinya.

Tempat-Tempat Penulisan Kitab Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari menulis kitab atau karyanya ini di beberapa tempat dan

bukan di satu tempat sahaja. Hal ini diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar

bahawa beliau (imam al-Bukhari) mula menulis dan menyusun bab-bab di

dalam sahihnya di masjid al-Haram. Kemudian, beliau mula mengtakhrij

hadith-hadith di dalam sahihnya di negerinya dan negeri-negeri yang lain.


5
Disebabkan itu, sahih al-Bukhari ini dihasilkan dalam tempoh 16 tahun

sebagaimana dikhabarkan oleh imam al-Bukhari sendiri.

Penyemakan Sahih al-Bukhari

Setelah imam al-Bukhari selesai menghasilkan karyanya, beliau tidak

terhenti di situ. Bahkan beliau meminta ulama’ besar hadith di zamannya

untuk menilai dan menyemak karyanya itu. Antara yang terlibat dalam menilai

sahih al-Bukhari ini ialah Ali bin al-Madini, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in

dan ramai lagi. Kesemua mereka bersaksi akan kesahihan hadith-hadith yang

terdapat di dalam sahih al-Bukhari ini melainkan empat buah hadith sahaja.

Cara ini digunakan juga oleh imam Malik bin Anas setelah beliau meminta 70

orang ulama’ di zamannya untuk menilai karya Muwattha’nya. Metode

penulisan dan penyusunan kitab sahih Bukhari dibahagikan kepada dua

bahagian.

1. Dari sudut penulisan

2. dari sudut periwayatan

2.1.1 Dari sudut penulisan

Sahih Bukhari merupakan kitab yang menghimpunkan hadis sahih

mengikut topik-topik agama dan feqah.ini bertujuan sebagai penerangan

6
kepada hadis –hadis berkaitan kepada hukum feqah atau topik tertentu. Oleh

sebab itu, Imam Bukhari membahagikan kitabnya kepada topik-topik khusus

dan sub topik. Setiap topik itu dinamakan “kitab” dan sub topik sebagai “bab”.

Terdapat sebanyak 97 “kitab” dan 3,450 “bab” yang terdapat didalam sahih

Bukhari. Sistem pengkelasan ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui rajah

dibawah :

NO. TAJUK NO. TAJUK BAB


KITAB/ KITAB/ BAB
TOPIK TOPIK
14 Kitab 1 Bab kelebihan bulan ramadhan
puasa 7 Bab kelebihan bersahur dan menguatkan bahawa
hukumnya sunat sertadisunatkan juga melewatkan
sahur dan menyegrakan berbuka
11 Bab tidak batal puasa orang yang bangkit dari tidur
diwaktu pagi dalam keadaan berjunub
14 Bab pahala bagi orang yang berbuka sewaktu
musafir
16 Bab disunatkan berbuka bagi jemaah haji yang
berada di Arafah pada hari Arafah
17 Bab berpuasa pada hari asyura.

Imam bukhari memberikan nama khusus bagi setiap bab atau huraian

ringkas berkenaan tajuk bab, hukum-hakam atau tafsiran yang berkaitan

dengan hadis didalam bab tersebut. para ulama menganggap bahawa tajuk

bab ini menunjukkan betapa kefahaman imam Bukhari terhadap hadis

7
berkaitan.hal ini digelarkan sebagai “ Fiqh al-Bukhari fi Tarajimihi” (fekah

imam al-Bukhari dalam tajuk bab).

Nombor yang berturutan diletakkan pada setiap kitab, bab dan juga

hadisoleh para ulam yang membantu pencetakkan semula kitab sahih al-

Bukhari sepertiman yang terdapat pada hari ini bagi tujuan memudahkan

pengguna membuat rujukan hadis.

Setiap hadis dalam kitabnya akan dipastikan mempunyai sanad yang

lengkap. Namun terdapat beberapa hadis yang tidak lengkap sanadnya dan

kebiasaannya ianya hadis yang berulang ditempat lain dan mempunyai

sanadnya tersendiri yang bersambung.

2.1.2 Dari sudut periwayatan

Imam Bukhari akan sentiasa memastikan setiap hadis yang dinyatakan

didalam kitab sahihnya tergolong dalam kumpulan hadis-hadis yang sahih. Ia

merangkumi lima syarat yang mesti dipenuhi oleh sesebuah hadis sahih iaitu:

1. Bersambung sanad

Iaitu salasilah perawi pertama yang menerima sesebuah hadis daripada

Rasulullah sehinggalah perawi terakhir yang menyampaikan hadis tersebut

8
kepada ulama yang mengumpilkan hadis untuk dikarang contohnya Imam

Bukhari.

Maka, hadis yang dinyatakan oleh Imam Bukhari mestilah tidak terputus

sanadnya di mana-mana bahagian sanad. Hadis dianggap terputus jika salah

seorang perawi asal hadis tersebut digugurkan dengan sengaja atau tidak.

2. Perawi hadis bersifat adil

Ciri-ciri perawi yang adil adalah

o Beragama Islam
o Baligh
o Berakal sempurna
o Tidak fasiq
o Tidak melakukan perkara yang menjejaskan maruahnya.

3. Perawinya bersifat Dabt

Berkemampuan untuk meriwayat hadis berdasarkan:

o Dabt secara hafalan melalui kekuatan ingatan dan ketepatan hafalan.

o Dabt secara tulisan iaitu catatan peribadinya yang kemas, tepat dan

disimpan dengan berhati-hati agar tidak berlaku penambahan daripada

pihak asing.

4. Tidak mempunyai shazz

9
Matan hadis tidak janggal. Iaitu satu riwayat yang kuat sandarannya

bertentangan dengan riwayat lain yang lebih kuat sandarannya atau yang

sama taraf dengannya.

5. Tidak mempunyai ‘illah

Matan hadis tidak cacat. Iaitu kecatatan yang tersembunyi didalam

hadis samada dalam sanad atau matan.

2.2 Imam Muslim

Imam Muslim telah mengumpulkan sebanyak 300 ribu hadis yang didengar secara

langsung daripada gurunya dan memerlukan waktu selama 15 tahun untuk mengkajinya. Hanya

7,275 yang melepasi saringannya dan di catitkan didalam bukunya. Imam muslim menerangka

bahawa setiap hadis yang dicatitkan dan tidak dimasukkan didalam kitabnya semuanya

mempunyai sebab dan hujah.

Seperti gurunya, Imam Muslim juga menetapkan sesuatu hadis perlu memenuhi 5 syarat

atau kreteria yang perlu ada sebelum dimasukkan kedalam kitabnya.

Perbezaan yang jelas ketara antara imam Muslim Dan imam Bukhari pada perkara satu

iaitu “ bersambung sanadnya kepada Rasullulah”. Penjelasannya seperti berikut :

1. Imam Bukhari akan memastikan semua perawi hadis mempunyai perhubungan dengan guru

dimana tempat mereka menerima hadis melalui dua aspek iaitu

o Al-Mu’asarah yang bererti perawi itu hidup sezaman dengan gurunya.

10
o Thabat al-Luqya iaitu adanya bukti murid dengan guru itu pernah bertemu berdasarkan

lafaz “ haddathana”, “akhbarana”, “amba’ana”, “haddathani”, “akhbarani” dan

“amba’ani”. Sementara itu lafaz “an” pada sesuatu akan dielakkan oleh Imam bukhari

untuk direkodkan didalam sahihnya melainkan terdapat bukti pertemuan antara keduanya.

2. Imam Muslim hanya mensyaratkan al-Mu’asarah iaitu memadai dengan riwayat yang

menggunakan lafaz “an” sebagai hadis yang bersambung. Baginya, perawi yang thiqah tidak

akan meriwayat hadis kecuali daripada perawi yang mereka temui dan terima hadis daripada

mereka.

Selain berbeza metodologi dalam menentukan kesahihan hadis, terdapat juga perbezaan

dalam susunan topik dan sub-topik. Dalam sahihnya, imam Muslim menyusun hadisnya

mengikut topik yang sangat umum iaitu dengan istilah”kitab” tetapi tidak membahagikan “kitab”

itu kepada “bab”. Hanyalah inisiatif para ulama hadis selepasnya menyusun smula kandungan

sahih Muslim mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh Imam Bukhari bagi memudahkan para

pembaca. Setiap hadis juga ditanda dengan no siri.

3.0 KEUTAMAAN SAHIH BUKHARI BERBANDING SAHIH MUSLIM

Walaupun tiada sebarang penambahan, kritikan dan pengurangan terhadap kitab sahih

Muslim pada zaman beliau mahupun selepasnya, terdapat beberapa sebab sahih al-Bukhari lebih

utama daripada sahih Muslim, antaranya:

 Syarat Imam al-Bukhari lebih ketat berbanding imam Muslim.

11
 Imam al-Bukhari mengsyaratkan hadith ‘An’anah mestilah bersambung

dan tidak terputus antara perawi.

 Hadith yang dipertikai di dalam sahih al-Bukhari adalah lebih sedikit

berbanding di dalam sahih imam Muslim.

 Ketokohan imam al-Bukhari lebih terserlah berbanding imam Muslim

dalam bidang hadith. Ini kerana, imam Muslim merupakan murid

kepada imam al-Bukhari.

Perawi sahih Bukhari yang tidak ada dalam sahih Muslim seramai 435 orang. Yang dikiritik

oleh ulama Jarh wa Taadil dari mereka seramai 80 orang. Manakala perawi sahih Muslim yang

terdapat dalam sahih Muslim yang tidak terdapat dalam sahih Bukhari seramai 620 orang. Perawi

yang dikritik dari mereka oleh ulama seramai 120 orang. Ini menunjukkan sahih Bukhari lebih

sahih.

Perawi yang dikritik dalam sahih Bukhari tersebut kebanyakan mereka adalah guru Imam

Bukhari sendiri dan sudah pastinya murid lebih mengenali gurunya sendiri dan boleh

membezakan hadisnya yang sahih dan yang daif .

Imam Bukhari meriwayatkan hadis perawi yang dikritik ini dalam mutabaat dan syawahid

sebaliknya Imam Muslim banyak meriwayatkan hadis mereka dalam usul.

Sebahagian ulama magharibah (Morocco danAndalus) menyatakan sahih Muslim lebih

utama dari sahih Bukhari. Ibn Hajar cuba mencari alasan bagi pandangan ini. Alasan yang

12
dikemukakan oleh Ibn Hajar ialah pandangan ini tidak melihat kepada kesahihan sebaliknya

melihat kepaada aspek lain iaitu:

1. Sahih Muslim meletakkan hadis di suatu tempaat dan tidak mengulangnya di tempat lain

dalam sahihnya.

2. Imam Bukhari menulis sahihnya sewaktu beliau bermusafir sebaliknya Imam Muslim

menulisnya ketika tidaak bermusafir daan rujukannya masih ada di sisinya.

3. Imam Muslim tidak meriwayatkan dengan makna dan tidak meringkaskan lafaz hadis. Ini

berbeza dengan Imam Bukhari.

Imam Bukhari mensyaratkan tsubut al-Liqa’ iaitu pembuktian bahawa perawi mesti

bertemu dengan orang yang dia riwayatkan hadis darinya walaupun sekali untuk menghukum

sanadnya bersambung. Jika tidak Imam Bukhari akan hukumkan sanadnya terputus.. Berbeza

dengan Imam Muslim, beliau mensyaratkan untuk menjadikan sanad bersambung 3 syarat

utama:

1. Perawi hidup sezaman dengan orang yang dia riwayatkan darinya.

2. Terdapat kemungkinan untuk beliau bertemu gurunya (mereka hidup dalam 1 negara yang
sama)

3. Perawi tersebut tidak dikategorikan sebagai mudallis.

Ini menunjukkan syarat Imam Bukhari lebih ketat.

13
‫‪4.0‬‬ ‫‪KITAB AL-FITAN‬‬

‫كتاب العلم ‪ /‬باب رفع العلم وظهور الجهل ‪ -‬اإلمام البخاري‬

‫حدثنا مسدد قال حدثنا يحيى عن شعبة عن قتادة عن أنس قال ألحدثنكم حديثا ال يحدثكم أحد‬

‫بعدي سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول من أشراط الساعة أن يقل العلم ويظهر‬

‫الجهل ويظهر الزنا وتكثر النساء ويقل الرجال حتى يكون لخمسين امرأة القيم الواحد‬

‫‪ -‬االمام المسلم ‪ ‬باب رفع العلم وقبضه‪ "،‬وظهور الجهل والفتن‪ ،‬في آخر الزمان‬

‫حدثنا محمد بن المثنى وابن بشار‪ .‬قاال‪ :‬حدثنا محمد بن جعفر‪ .‬حدثنا شعبة‪ .‬سمعت قتادة يحدث‬

‫عن أنس بن مالك‪ .‬قال‪:‬‬

‫أال أحدثكم حديثا سمعته" من رسول هللا ﷺ ‪ .‬ال يحدثكم أحد‪ ،‬بعدي‪ ،‬سمعه‬

‫منه “إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم‪ ،‬ويظهر الجهل‪ ،‬ويفشو الزنى‪ ،‬ويشرب الخمر‪،‬‬

‫ويذهب الرجال‪ ،‬وتبقى النساء‪ ،‬حتى يكون لخمسين امرأة قيم واحد”‪.‬‬

‫‪14‬‬
Maksudnya:

Anas bin Malik r.a berkata : akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang

lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasullulah S.A.W. bersabda,

“diantara tanda kiamat adalah: terangkatnya ilmu, ketaranya kejahilan, tersebarnya penzinaan,

peminuman arak, kaum lelaki berkurangan dan tinggal kaum perempuan, sehingga 50 orang

perempuan diurus oleh seorang lelaki”

Merujuk kepada kedua-dua sanad hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dan imam
Muslim, dapatlah diringkaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh:

Rasullulah

Anas bin Malik

Qatadah

Syu’bah

Yahya Muhammad bin Jaafar

Muhammad bin Muthanna Ibn Bashar


Musaddad

Imam Muslim
Imam Bukhari
15
5.0 KONSEP FITAN DALAM KONTEKS PENGAJARAN DI SEKOLAH

Fitnah. Dalam bahasa Arab, ia merujuk kepada ujian, cubaan, baik atau buruk. Dalam

bahasa Melayu, ia lebih tertumpu kepada makna pembohongan yang dibuat dalam bentuk kata-

kata, tulisan terhadap orang lain dengan pelbagai maksud dan tujuan. Di antaranya untuk

melunturkan kepercayaan terhadap seseorang atau kumpulan dan ‘caracter assasination’

pembunuhan watak supaya orang atau kumpulan itu jatuh dan sebagainya

Maksud lain Fitnah adalah sesuatu ujian, huru hara, bencana, atau sesuatu yang

membawa makna kufur. Maka segala bentuk kecelaruan, penipuan dan bencana seperti Covid-19

ini adalah salah satu peristiwa menjelang Kiamat. Hari ini fitnah akhir zaman melanda kehidupan

kita dari segenap penjuru dan ruang. Fitnah tidak mengenal orang besar atau peniaga jalanan.

Fitnah juga tidak membezakan orang jahil atau ilmuan. Fitnah tidak pernah mengira lelaki atau

perempuan, tua atau muda, kufur atau bertaqwa. Ia datang dan cuba menggugat iman agar

tergelincir, menghasut umat agar berpecah dan menjadi kucar-kacir. Dari sebesar besar benda,

hingga sekecil kecil perkara, dunia hari ini telah diselubungi oleh penipuan.

Pada hari ini, sukar untuk kita mendapatkan berita yang benar, kewujudan aplikasi media

sosial yang tidak terbendung, menyebabkan bercampur aduk maklumat yang sahih dan palsu,

16
hingga umat jadi keliru. Entah siapa teman siapa seteru. Umat Islam berbalah hanya kerana satu

dua video yang pendek di media sosial. Kita mula bercakap dan menjatuhkan hukum, seterusnya

menyebarkan aib, hingga tercetus perbalahan dan fitnah, hingga berlaku saman menyaman.

Akhirnya ia tidak mendatangkan apa apa keuntungan, melainkan kerugian sahaja.

Hari ini angkara penipuan dan fitnah, telah berapa banyak rumahtangga yang musnah, hubungan

kekeluargaan yang punah, silaturrahim yang terpisah, dan airmata yang yang tertumpah.

Malangnya, fitnah akhir zaman yang sepatutnya dihindari,namun ramai yang berpusu- pusu

terjun ke dalamnya. Maka jadilah kehidupan dunia hari ini, tenat dan melarat. Penipuan bukan

sahaja di pentas politik besar, ia turut berlaku di dalam pasar, atau dihujung jari, atau didalam

kamar sendiri.

Jika melihat daripada makna dan konsep fitan itu sendiri, sesorang pelajar akan mendapat

gambaran tentang ancaman dan bahaya yang bakal oleh masyarakat dan generasi akan datang.

Maka menjadi tanggungjawab kepada warga pendidik untuk menerapkan konsep fitan ini

didalam konteks pengajarannya kepada murid sekolah. Salah satu cara yang boleh dilakukan

ialah menjelaskan mengenai maksud dan definisi fitnah disamping memberi kesedaran tentang

kesan-kesan yang akan berlaku dengan berleluasanya fitnah di zaman ini kepada pelajar tersebut.

Perbuatan fitnah ini akan menatijahkan pelbagai kesan buruk dan membawa kerosakan yang

amat dahsyat ke atas masyarakat dan negara. Antaranya ialah :

 Perasaan cemburu yang diakhiri dengan pembunuhan seperti mana yang berlaku dalam

peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan R.A.

 Memecahkan perpaduan masyarakat hingga melahirkan golongan yang terpengaruh

dengan fitnah yang disebarkan dengan golongan yang mempertahankan. Ini secara tidak

17
langsung akan menatijahkan perpecahan yang jelas sehingga merugikan umat Islam itu

sendiri.

 Perbuatan fitnah akan menjadikan seseorang itu buta daripada kebenaran dalam menilai

sesuatu perkara dari kebenaran yang hakiki.

 Fitnah akan menyebabkan muslim itu tenggelam dalam konspirasi kuffar yang bercita-

cita memecah belahkan umat Islam.

 Orang yang termakan dengan fitnah itu adalah orang-orang yang menjadikan syaitan

sebagai sahabat mereka.

 Fitnah itu akan menjauhkan seseorang itu daripada agamanya.

Seterusnya pelajar mestilah didedahkan kepada solusi untuk menghadapi dan menghindari

bahaya fitnah akhir zaman ini. Antaranya ialah:

 Mendalami ilmu agama secara berterusan seterusnya mempraktikkan segala ilmu yang

dipelajari.

 Sentiasa mengingatkan diri bahawa segala perbuatan kita akan dicatat dan dihisab oleh

Allah SWT

 Memotivasikan diri bahawa fitnah adalah suatu pendustaan dan pendusta balasannya

adalah neraka Allah SWT, maka menolaknya adalah wajib.

 Mendekati para alim ulama’ dan orang-orang soleh serta menjauhi orang-orang yang

suka menyebarkan fitnah. Pergilah belajar dan bertanya kepada ulama’ dalam menyinari

kehidupan yang diredhai Allah.

 Melakukan tabayyun dan bertanya setiap isu yang berbangkit kepada ahlinya. Hal ini

amat penting agar kita tidak terjebak di dalam fitnah mengenakan seseorang yang

akhirnya kita sendiri menyesalinya.

18
 Memastikan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum disebarkan. Inilah cara

yang terbaik dalam mengelakkan menjadi pempromosi fitnah melalui media massa

umpamanya dan juga cakapan.

 Sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri supaya timbul

keinsafan untuk memelihara keaiban orang lain tanpa mengira kawan atau lawan.

 Sentiasa melakukan amalan-amalan yang soleh dengan sebanyak-banyaknya sebelum

fitnah merebak atau membesar

Murid perlu didedahkan dengan semua perkara ini sejak di awal bangku persekolahan lagi.

Pelbagai usaha mesti digerakkan demi menjamin masa depan generasi yang bakal membawa

halatuju negara suatu masa nanti terjamin di atas landasan yang betul..

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tidak disangkal lagi bahawa imam al-Bukhari

merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dan keilmuan beliau

dalam bidang hadith tiada tandingannya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau

telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang cukup hebat dan agung

sehinggakan kedudukannya selepas daripada al-Qur’an. Tambahan pula, ijma’

umat ini menerima bahawa hadith-hadith di dalam sahih al-Bukhari

kesemuanya adalah sahih. Ini menunjukkan keberkatan dan keikhlasan beliau

19
dalam menghasilkan karya ini. Akhirnya, semoga Allah SWT merahmati beliau

dan semoga Allah SWT mengurniakan kita kesungguhan dan keikhlasan

dalam memartabatkan sunnah Nabi SAW. Amin.

RUJUKAN

https://bincangsyariah.com/khazanah/metodologi-penulisan-kitab-shahih-al-
bukhari-ingin-tahu/

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/3888/1763/974
7

https://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Bukhari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sahih_Muslim

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1454-irsyad-al-hadith-siri-
ke-128-imam-al-bukhari-dan-sahihnya-2

20
https://pimpin.ump.edu.my/index.php/en/download/koleksi-kertas-kerja-pembentangan-
seminar/seminar-fitnah-dajjal-akhir-zaman/200-hadith-40-peristiwa-akhir-zaman/file

http://studentsrepo.um.edu.my/5361/6/Bab_4.pdf

http://wadijannah.blogspot.com/2014/05/sahih-muslim-pengenalan-dan-
metodologi.html

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/681379/kitab-al-bukhari-paling-
sahih-selepas-al-quran

https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/02/15/akhir-zaman

21

Anda mungkin juga menyukai