Anda di halaman 1dari 7

8

3.0 SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU QIRAAT

3.1 Bilakah tumbuhnya ilmu Qiraat ini ???

Ilmu Qiraat mula wujud bermula dari turunnya al-Quran , tetapi bacaan qiraat belum diamalkan kerana umat Arab ketika itu belum beriman dan al-Quran juga belum lagi tersebar luas kepada beberapa lahjah atau dialek ( loghat ) Arab yang lain daripada Lahjah Quraisy. Manakala hadith yang menerangkan tentang bacaan qiraat belum diwahyukan. Ilmu ini mulai dikenal pada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW dan semakin berkembang pada masa tabiin. Ilmu ini kemudian berkembang menjadi aliran (mazhab) qiraat. Aliran-aliran tersebut memiliki perbezaan dalam banyak hal , tetapi sudah disatukan dalam harf Quraisy (bahasa Arab dengan dialek Quraisy) yang telah disepakati secara ijmak Usman pada bin Mushaf Affan). Usmani (kumpulan awal

lembaran/catatan

Pada

peringkat

perkembangan ilmu qiraat ini, ia dikenal sebagai tabaqah (kelompok ahli) qiraat dari sahabat Nabi SAW dan tabiin serta kota-kota yang menjadi pusat pertumbuhan dan perkembangan suatu aliran qiraat.

3.1.1 Sejarah Qiraat Sab'ah :Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jumuah ayat 2 ada menyebut


Maksudnya : 2. Dialah Yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Berdasarkan ayat di atas dapat menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak mampu membuat atau mereka al-Quran . Ini menunjukkan bahawa al-Quran itu datangnya dari Allah. S.W.T.

Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril.Baginda menerima bacaan yang

10

betul daripada Jibril sesuai dengan kehendak Allah. Taala. Kemudian, Rasulullah telah mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat sebagaimana yang diajar oleh Jibril kepada Baginda.

Malaikat Jibril telah mengajar Al-Quran kepada nabi dengan Sabah Ahruf. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Jibril membacakan al-Quran kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentiasa mengulang-ulangnya. Aku juga meminta kepada Jibril agar menambahnya lagi , ia pun menambah untukku sehingga menjadi tujuh huruf. ( Riwayat Syaikhan )

Ilmu Qiraat merupakan salah satu daripada ulum Al-Quran atau ilmu-ilmu tentang Al-Quran yang membahaskan dari segi peraturan membaca Al-Quran. Ilmu ini dinisbahkan kepada imam masing-masing dan para perawinya yang bersambung sanadnya hingga Rasulullah s.a.w.

Cara pengambilan ilmu Qiraat adalah melalui talaqqi dan musyafahah iaitu berhadapan terus dengan guru dengan

memerhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru semasa melafazkan ayat-ayat al-Quran.

11

Oleh kerana itu, Khalifah Uthman r.a telah menyertakan seorang qari ketika mengirimkan mushaf ke daerah-daerah. Qiraatnya adalah bersesuaian dengan mushaf yang dikirim itu. Utusan yang dikirim terdiri daripada sahabat-sahabat yang mahir tentang cara Rasulullah membaca al-Quran. Berikut merupakan senarai guru yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke kota-kota yang ditentukan :

Tempat Makkah alMukarramah Sham Basrah Kufah Madinah alMunawwarah

Nama Qari Abdullah bin Musayyib Mughirah bin Abi Syihab Amru bin Qais Abdurrahman bin Abdullah bin Habib As-Sulmi Zaid bin Thabit

Dalam kalangan sahabat, ada yang menerima terus daripada Rasulullah s.a.w. Terdapat para sahabat menerima hanya satu bacaan atau dua bacaan atau tiga bacaan. Namun, ada yang menerima lebih daripada itu. Kemudian, mereka mengajar bacaan yang diterima itu kepada murid-murid mereka. Oleh itu, wajarlah timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan generasi seterusnya.

12

Hasil didikan daripada generasi tabiin , maka ramailah orang yang berminat dan mengambil berat tentang ilmu qiraat. Mereka bersungguh-sungguh menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat sehingga lahir pakar-pakar qiraat dari generasi ini di beberapa kota besar.

Pada awal kurun ketiga, Abu Ubaid Al-Qasim bin As-Salam ( meninggal dunia pada 224 Hijrah ) adalah orang yang mula-mula menyusun ilmu qiraat. Abu Ubaid al-Qasim ibn Salam, tergerak untuk menjadi orang pertama yang mengumpulkan berbagai qiraat dan menyusunnya dalam satu kitab. Menyusul kemudian ulama lainnya yang menyusun pelbagai kitab qiraat dengan method penulisan masing-masing Ilmu qiraat mengalami perkembangan pesat pada abad pertama Hijriah, seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu syariat yang lain. Bagi memudahkan qiraat yang banyak itu dikenali, pengumpulan dan pembahagian jenis telah dilaksanakan. Jadi, dari segi bentuk, jenis, dan cara periwayatan, aliran qiraat dinisbahkan kepada imam yang menjadi penuturnya. Ada tiga jenis qiraat yang terkenal, iaitu qiraat Sabah, 'Asyrah, dan Syadzah. Sedangkan, Ibn al-Jazari membuat pembahagian berdasarkan kaedah kesahihan hadis dan kekuatan

13

sanadnya. Namun demikian, kedua pembahagian ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Pada abad ke-4 H, seorang ulama Baghdad, Abu Bakar Ahmad atau yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Mujahid, menyusun sebuah kitab yang disebut dengan nama Kitab Sab'ah. Akibatnya, Ibnu Mujahid dikecam dan dituduh membuat kekacauan kepada orang ramai

berkenaan wujudnya banyak jalan bacaan terhadap bacaan Alquran, termasuk pengertian tujuh kata (sab'atu ahruf). Salah seorang pengkritiknya adalah Abu Al-Abbas ibn Amar yang pada awal abad ke5H tersohor sebagai imam muqri. Istilah qiraat sab'ah di zaman Abu al-Abbas memang belum masyhur. Tetapi, ini tidak bererti tiada ilmu Qiraat Qiraat ini sesungguhnya telah wujud di dunia akademik sejak abad ke-2 H. Qiraat tersebut tidak popular kerana disebabkan kecenderungan ulama-ulama saat itu hanya memasyarakatkan satu jenis qiraat dengan mengabaikan qiraat yang lain. Ibnu Mujahid telah mengumpulkan tujuh jenis qiraat yang mempunyai sanad bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW terkemuka. Ketujuh bacaan itu disandarkan pada Abdullah bin Katsir al-Dariy (Makkah), Nafi' bin Abd al-Rahman ibn Abu Nu'aim (Madinah), Abdullah al-Yashibiyn atau Abu Amir al-Dimasyqi (Syam), Zabban ibn

14

al-Ala bin Ammar atau Abu Amr (Bashrah), Ibnu Ishaq al-Hadrami atau Ya'qub (Bashrah), Ibnu Habib al-Zayyat atau Hamzah (Kufah), dan Ibnu Abi al-Najud al-Asadly atau Asim (Kufah). Penyebaran ini berlanjutan sehingga generasi pada hari ini dapat mempelajari ilmu qiraat sepenuhnya sebagaimana yang telah diajarkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai