Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN MEMANAH MSSD HULU SELANGOR

Ya Allah, Ya Karim ,Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana


mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Perasmian
Penutupan kejohananan memanah peringkat MSSD Hulu Selangor pada hari
ini.

Ya Allah , Ya Muhaimin Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami
sejahterakanlah penglihatan kami .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami


ini mutu dan tahap sukan memanah ini akan mencapai kecemerlangan
sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna
ke arah memajukan sukan di negara yang tercinta ini .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan


kami.Padukanlah tenaga dan usaha kami,Ya Allah kurniakanlah Kepada kami
kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut,
dan muliakanlah kami dengan ketaatan dan sempurnakanlah keindahan diri kami
dengan kesihatan.

Semoga dengannya dapat kami berbakti kepada agama bangsa dan negara. Ya
Munzilalkitab ,Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan. 

Anda mungkin juga menyukai