Anda di halaman 1dari 1

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,

atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.


Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan
iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan
negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna
dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dalam
kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan
bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai