Anda di halaman 1dari 2

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri

Festival Nasyid Ceria Wilayah Persekutuan 2016 Peringkat Taska, Tadika dan Pra
Sekolah pada tika ini.

Sekali lagi kami ingin ungkapkan kesyukuran dan pujian terhadapmu yang tidak ternilai,
yang mana pada hari ini kami meraikan pelajar-pelajar pra sekolah semoga mereka
menjadi insan yang berintelek, beramanah dan bertanggungjawab yang akan membawa
kejayaan kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.

Jadikanlah anak-anak cilik ini sebagai anak-anak yang reti bersyukur. Dalam erti kata
lain, jadikanlah mereka anak-anak yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun
untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta
mempunyai peribadi yang luhur..

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul
kahfi, sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis
bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami.
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan apa jua kepentingan peribadi demi
mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.
Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul azmi
yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami hadapi.
Ya Allah pada akhir doa kami ini, kami mohon jangan Engkau sia-siakan amalan hambahamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang
masa mereka dalam mendokong dan menjayakan festival ini.












Anda mungkin juga menyukai