Anda di halaman 1dari 1

Do’a OSH Roadshow 2022

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran


kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan
keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami berhimpun
bersempena OSH Roadshow 2022 pada kali ini sebagai suatu program
yang mendapat taufiq dan hidayahMu, keberkatan dan kerahmatan,
pertolongan dan bantuan serta berjalan dengan lancar, teratur, berjaya
lagi sempurna.

a  ] " # e ; !
) " (   K) /L 
Bersempena dengan majlis yang kami adakan ini, kami memohon
kepadamu keselamatan dalam agama dan kesihatan tubuh badan.
Kurniakanlah kesempatan kepada kami untuk memperbaiki dari sudut
yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan
yang kamil, dari tingkah laku yang selamat kepada tingkah laku yang
lebih selamat. Jauhilah kami dari kemalangan dan dan musibah semasa
didalam dan luar pekerjaan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,


Kurniakanlah kepada kami ilmu keselamatan dan kesihatan agar kami
dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami bagi menangani segala liku


dan cabaran dalam usaha mewujudkan budaya selamat di Universiti.
Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera
aman damai yang berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai