Anda di halaman 1dari 3

Doa Majlis Perhimpunan

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan
kami. Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kehadrat-Mu Ya Allah, kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan UKAS pada kali ini.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Fatta Hu Ya A’lim,


Kurniakanlah kepada kami nikmat dan rahmat kesejahteraan, berikanlah perlindungan keselamatan,
anugerahkanlah kesihatan tubuh badan yang sempurna dan hindarilah kami semua dari segala
kemaksiatan dan kemurkaan-MU di sepanjang berkhidmat di UKAS ini.

Ya Zal Jala Li Wal Ikram,


Jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini dimulai dengan rahmat-Mu, pertengahannya barakah, dan
disudahi dengan keampunan-Mu. Dan juga jadikanlah hari-hari yang akan kami tempuhi permulaannya
hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Robbul I’zati
Jadikanlah perhimpunan ini sebagai salah satu wadah untuk kami warga UKAS saling hormat-
menghormati, saling membantu antara satu sama lain, menanam sikap toleransi, menepis segala sifat
benci-membenci, menyuburkan perpaduan dan menyatupadukan ukhwah dalam semangat
berpasukan.

Lindungilah kami semua Ya Allah, hanya pada-Mu tempat kami berserah.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد هلل رب العالـمين‬
Doa Program Jerayawara

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Allahumma Ya Allah,
Segala puji dan Syukur hanya untuk-MU atas semua kurnian Rahmat dan Nikmat yang telah Engkau anugerahkan
kepada kami.

Pada Petang bersejarah ini, kami menadah tangan memohon kehadratmu ya Allah, kurniakanlah kepada kami
semua, segala kebaikan yang sepenuhnya. Sempena Program Jerayawara, Unit Komunikasi Awam Sarawak yang
akan disempurnakan oleh Yang Behormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan
Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Allahuma Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah,


Sesungguhnya terlalu banyak limpahan kurnian-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami. Kami sedar segala
kejayaan yang kami kecapai selama ini dan akan datang adalah nikmat pemberian yang tidak ternilai daripada-
MU. Oleh itu kurniakanlah taufiq dan hidayah-MU kepada kami semua agar sentiasa mensyukuri nikmat-
nikmatmu dan sempurnakanlah nikmat-nikmatmu keatas kami. Anugerahkanlah kepada kami keazaman untuk
berusaha dengan lebih gigih lagi dan berikanlah kami kejayaan yang lebih gemilang dimasa yang mendatang.

Allahumma Ya Allah Ya Akramal Akramin Ya Allah


Berkat keagungan-MU dan sifat Rahim-MU, kami pohonkan keselamatan dan kesejahteraan kami dan juga
kepada pemimpin-pemimpin kami. Eratkanlah perpaduan diantara kami, mesrakanlah hubungan sesama kami,
kukuhkanlah Kerjasama erat yang telah sedia terjalin antara kami, lindungi dan peliharalah kami daripada segala
bahaya dan perkara yang tidak diingini dan majukanlah wilayah kami dengan inayah dan ria’yat-MU, Ya Muji
Bassa Idin.

‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخَرِة َحَس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َو َس َّلَم‬

Doa Program “Making Connections 2023: UKAS x PRO’s


‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬
‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Allahumma Ya Allah,
Segala puji dan Syukur hanya untuk-MU atas semua kurnian Rahmat dan Nikmat yang telah Engkau anugerahkan
kepada kami.

Pada Petang bersejarah ini, kami menadah tangan memohon kehadratmu ya Allah, kurniakanlah kepada kami
semua, segala kebaikan yang sepenuhnya. Sempena Program Making Connections 2023: UKAS x PROs Unit
Komunikasi Awam Sarawak yang akan disempurnakan oleh Yang Behormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol,
Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Allahuma Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah,


Sesungguhnya terlalu banyak limpahan kurnian-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami. Kami sedar segala
kejayaan yang kami kecapai selama ini dan akan datang adalah nikmat pemberian yang tidak ternilai daripada-
MU. Oleh itu kurniakanlah taufiq dan hidayah-MU kepada kami semua agar sentiasa mensyukuri nikmat-
nikmatmu dan sempurnakanlah nikmat-nikmatmu keatas kami. Anugerahkanlah kepada kami keazaman untuk
berusaha dengan lebih gigih lagi dan berikanlah kami kejayaan yang lebih gemilang dimasa yang mendatang.

Allahumma Ya Allah Ya Akramal Akramin Ya Allah


Berkat keagungan-MU dan sifat Rahim-MU, kami pohonkan keselamatan dan kesejahteraan kami dan juga
kepada pemimpin-pemimpin kami. Eratkanlah perpaduan diantara kami, mesrakanlah hubungan sesama kami,
kukuhkanlah Kerjasama erat yang telah sedia terjalin antara kami, lindungi dan peliharalah kami daripada segala
bahaya dan perkara yang tidak diingini dan majukanlah wilayah kami dengan inayah dan ria’yat-MU, Ya Muji
Bassa Idin.

‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخَرِة َحَس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai