Anda di halaman 1dari 9

Assalamualaikum w.r.

t dan salam sejahtera kepada semua penonton yang mengikuti


channel saya ini. InshaAllah untuk kali ini saya akan bawakan kepada kalian semua berkaitan
tentang ilmu kaunseling. Wow..menarik kan? semestinya..Baiklah..sebelum kita mendalami
ilmu ini, ramai di kalangan kita sama ada kita sendiri mahupun keluarga ataupun rakan teman
dan taulan kita yang pernah bercerita sekiranya kita ada masalah pergilah jumpa
kaunselor..betul tak? Betul tetapi tidak semestinya selepas beberapa sesi bersama kaunselor
segala masalah kita akan selesai. Sebenarnya saudara saudari sekalian, peranan kaunselor
adalah mendengar dengan teliti masalah yang kita bawakan dan berusaha bersama-sama
dengan kita untuk mencari penyelesaianya dan bukanya 100% kaunselor yang
menyelesaiakan masalah kita. Kena faham konsep dan peranan kaunselor dan hormatilah sesi
kaunseling anda.

Ibarat perahu tidak berdayung, begitulah perumpamaan sekiranya kaunseling itu tidak
ada teori-teori yang mendukungnya. Teori menerangkan kepada kita bagaimana dan kenapa
sesuatu perkara itu boleh berlaku dan ianya juga merupakan satu penerangan tentang
bagaimana dan kenapa manusia berperilaku, berinteraksi dan mengurus dirinya. Dalam ilmu
kauseling, teori merupakan intipati wajib ada bagi menerusikan setiap sesi bersama dengan
klien. Baiklah, ayuh bersama saya kita mempelajari Teori Pemusatan Klien atau Person
Centred Tharapy (PCT) dalam bahasa lainnya yang di perkenalkan oleh Carl Rogers.

Saudara saudari sekalian,

Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat
andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk
memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan
daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka
menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan
pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan
antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan
dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa
perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan
penguasaan teknik yang teraputik.
Konsep penting
Pandangan tentang sifat manusia.
Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang
kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat
suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu
mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan
di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.
Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh
memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh
menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi
dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara
mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami
klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.
Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh
dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan
diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam
bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu
kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat
menuju ke arah nirwana kendiri.
Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana
menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju,
menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah :
a) Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)
b) Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)
c) Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain
Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi
lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan
dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.
Matlamat Kaunseling
1. Bertujuan untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk suasana yang
membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang
bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk
mencari suatu jalan penyelesaian sendiri.
2. Mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-
benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi
masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk
membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak
pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.
Teknik
- Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan
menggunakan satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku.
Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur ahli terapi, dan bukan secara was-was.
Proses Teraputik
Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu
bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang
diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk
menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses
perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan
masa hadapan.
Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :
Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar?
Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ?
Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?
Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha
membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961)
menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :
i) Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenar
ii) Yakin pada diri sendiri
iii) Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri
iv) Kesediaan untuk terus berkembang
Ahli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien
agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.
Fungsi Kaunselor
i. Membantu merapatkan hubungan antara ahli terapi dengan klien
ii. Klien bebas untuk meneroka kehidupan mereka sama ada mahu bercakap benar atau berpura-pura
iii. Kurang bersikap defensif diri, lebih bersikap terbuka,bersedia menjalinkan hubungan intim
dengan klien, sering bertemu,meneroka alam,bersikap penyayang,hormat-menghormati dan
terbuka.
Hubungan antara ahli terapi dengan klien
Menurut rogers, terdapat enam keadaan yang akan membawa kepada perubahan personaliti :
I. Dua orang individu yang mempunyai perhubungan psikologi
II. Klien yang tidak kongruens serta mengalami kerisauan
III. Ahli terapi yang kongruens
IV. Ahli terapi menerima klien tanpa sebarang syarat
V. Ahli terapi merasai apa yang dirasa,dilihat, dialami klien dan berusaha menyampaikan perasaan,
persepsi dan pengalaman klien
VI. Klien hendaklah merasai, melihat,dam mengalami bahawa ahli terapi memang sedia menerima
tanpa syarat
Rogers menekankan tiga sikap ahli terapi yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu
perhubungan yang berkesan. Antaranya ialah :
a) Keikhlasan diri dan kongruens
- Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli
terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu
memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas
dan tidak berpura-pura.
- Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama
ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.
b) Penerimaan tanpa syarat
- Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien.
- Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk
tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh
klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan perasaannya.
- Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai terhadap klien maka peluang
perubahan pada diri klien semakin baik.
c) Empati
- Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif
- Empati ini dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan
seolah-olah dia juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.
- Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin kepada diri sendiri.
- Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :
i. Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klien
ii. Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikal
iii. Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baru
iv. Membaiki pandangan klien
v. Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depan
p/s : bersedia untuk peperiksaan kaunseling kelompok

Teori Pemusatan Insan - Carl Rogers


PENDEKATAN PEMUSATAN KLIEN
 Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Individu boleh membuat
keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari.
 Asas terapi berpusat klien ialah untuk mewujudkan suatu perhubungan empatik antara
kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan,
spontan dan perasaan di sini dan ketika ini.

Falsafah Dasar
 Memandang manusia secara positif
 Manusia memiliki suatu kecenderungan untuk berfungsi sepenuhnya
 Klien mengembangkan potensi dan bergerak ke arah meningkatkan kesedaran,
spontan, percaya pada diri dan internal yang terarah.

Konsep Utama
 Klien mampu sedar tentang masalahnya dan tahu cara mengatasinya
 Kepercayaan diletakkan kpd kesanggupan klien untuk mengarahkan dirinya sendiri
 Kesihatan mental berlaku setelah berlaku keselaran ideal self dengan real self.
 Masalah berlaku apabila ideal self dengan real self ada tidak kongruen.
 Berfokus kepada masa sekarang dan dapat mengekspreskan perasaan.
Individu bermasalah ….

Manusia bermasalah kerana:


 Konsep kendiri rendah
 Ketidakkongruenan antara persepsi dan pengalaman klien

Tujuan terapi
 Menyediakan suatu iklim yang aman dan kondusif bagi meneroka diri klien sehingga
menyedari halangan diri mereka untuk berkembang dan aspek-aspek pengalaman diri yang
negatif
 Membantu klien mampu bergerak ke arah keterbukaan terhadap pengalaman dan
meningkatkan kespontanan dan perasaan hidup.

Hubungan terapuetik
 Hubungan terapis-klien sangat penting
 Kualiti terapis seperti tulen, mesra, empati, memberikan penghargaan dan boleh
berkomunikasi dengan baik.
 Hubungan yang nyata dan klien belajar memahami perasaan sendiri

Aplikasi Terapi Pemusatan Insan

Refleksi perasaan
 Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan empati
 Mengalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien
diterima dan dijelaskan.
 Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan
 Kepermisifan itu mengalakkan pembentukan celik akal yang menyebabkan perubahan
tingkah laku
 Kaunselor meletakkan tanggungjawab pada klien untuk tindakan, pemikiran dan
keputusan
 Bertoleransi, di mana kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikr,
merasa dan bertindak; dan ketiadaan struktur membenarkan klien menjelajahi perasan-
perasaan secara mendalam.
 Perhubungan merupakan asas bagi pendekatan Pemusatan insan. Ia merupakan
permulaan peristiwa yang paling penting.
 Perhubungan kaunselor-klien yang selamat dan saling mempercayai adalah sangat
perlu di dalam perhubungan kaunseling pendekatan pemusatan insan.pendekatan pemusatan
insan merupakan pendekatan yang bersifat being dalam perhubungan. Pendekatan ini cuba
mengelak daripada penggunaan teknik-teknik terhadap klien.
 Tidak ada langkah-langkah atau teknik atau alat-alat yang digunakan kepada klien
untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Sebaliknya, strategi yang banyak digunakan ialah
ke arah pembentukan perhubungan experiential (Gillialand & James, 1998).

Pemaham Empati yang Fasilitatif


 Pemahaman yang penuh empati bermaksud mempersepsikan dunia klien dari kaca
mata klien dan berupaya menyampaikan mesej sedemikian kepada klien.
 Menumpukan perhatian (attending), berkomunikasi secara bahasa, pemahaman yang
penuh empati, berkomunikasi secara tanpa bahasa dan penggunaan kesenyapan.

Menumpukan Perhatian
 Kaunselor tidak boleh mencapai pemahaman yang penuh empati tanpa memberikan
perhatiannya kepada klien. Perhatian kaunselor kepada klien memerlukan kedua-dua sikap
dan kemahiran kaunselor.
 Air muka dan kedudukan badan kaunselor boleh membantu klien sama ada pemilkiran
kaunselor selaras atau tidak dengan apa yang dilahirkan dan dirasai oleh klien.
 Satu anggukan yang bersesuaian, kontak mata, senyuman, penerimaan mood klien,
keserasian ekspresi, minat yang tulin kepada diri klien akan keprihatianan yang mendalam
kesemuanya mengambarkan perhatian kaunselor kepada klien.
 Sebaliknya, terlalu banyak kontek mata, senyuman dan anggukan mungkin membawa
makna ketiadaannya atau mungkin meragui dan menganggu klien. Jarak fizikal antara
kaunselor-klien juga penting dalam pendekatan penumpuan insan.
 Kualiti suara yang terdiri daripada nada suara, tinggi rendah, kelembutan dan varaisi
meberitahu klien darjah kesediaan kaunselor memberi perhatian kepada klien.

Berkomunikasi Secara Bahasa Pemahaman Yang Penuh Empati


 mesej afektif dan kognitif klien dan memberitahu klien bahawa perasaan dan
pemikirannya telah difahami dengan tepat oleh kaunselor pada tahap permukaan (surface) dan
juga di tahap yang mendalam (deeper level).
 Klien : Saya rasa tention dengan ujian itu… Saya tak percaya yang saya tidak boleh
langsung menjawabnya”
 Kaunselor : “Anda rasa terkejut dan kecewa dengan cara anda menjawab soalan
peperiksaan tersebut, terutama bila anda menjangkakan anda boleh melakukannya.”
 peka kepada bukan sahaja kepada segala petanda bahasa dan disampaikan melalui
beberapa cara; kedudukan badan (postur), pergerakan badan, air muka, senyuman, kerutan
dahi, menggigit bibir, kontek mata dan kualiti suara.

Kesenyapan Sebagai Satu Cara Menyatakan Pemahaman Empati


 Ada ketika-ketikanya kaunselor dan klien terlalu sibuk berfikir memikirikan
mengenai apa yang telah diperkatakan dan diperhatikan. Dalam keadaan ini, kesenyapan
atau silence is golden adalah sangat diperlukan bagi kedua-dua pihak untuk memproseskan
makna perasaan atau pemikiran masing-masing (Raskin & Rogers).
 Oleh itu kesenyapan adalah strategi yang membolehkan berlakunya respons empati
yang mendalam
 Ia membawa makna kepada klien “saya nampak bahawa anda memerlukan masa untuk
menguruskan persolaan ini. Saya menghormati kebolehan anda mengendalikan dan saya
sentiasa bersama anda untuk memberi sokongan bila anda memerluka “
 Klien : Dia beritahu saya yang dia boleh menghitung dengan jari beberapa kali
sahaja saya mengatakan yang saya cintakanya
 Kaunselor : Anda rasa kesal apabila mengetahui yang kawan anda tu kurang yakin
dengan perasaan cinta anda terhadapnya
 Klien : Ya..tetapi (tiga minit senyap yang berfikitr. Sebenarnya, saya tidak mahu
melukai hatinya. Tapi… saya tak thau sama ada saya benar-benar cintakannya.. dan dia
sentaisa mendesak saya…(senyap selama tiga puluh saat). Kadang-kadang saya anggap dia
seperti abang saya sahaja… saya rasa ingin lari darinya.
 Kaunselor. Anda tidak pasti apa yang anda mahu sebenarnya…anda percaya apa yang
anda miliki sekarang ini sebenarnya bukan sebenarnya yang anda inginkan.
 Klien : (Dua minit senyap yang berfikir). Punca semua ini adaah berbalik semasa
saya kecil lagi. Saya adalah anak yang dimanjakan oleh kedua ibu bapa saya. Apa yang saya
hajatkan semuanya saya dapat. Saya nak keluar bersama lelaki tersebut. Saya harus keluar
bersamanya…. Sebenarnya diri saya adalah apa yang emak saya mahukan. Saya bukan diri
saya yang saebenar…saya belum lagi matang. Diri saya sebenarnya adalah seorang kanak-
kanak berumur 32 tahun yang belum membesar.
 Dengan kesenyapan kaunselor membenarkan klien meneroka segala aspek dirnya
secara terbuka. Klien sebenarnya merasakan bahawa kaunselor bersama-samanya dan tidak
pula bertujuan mengubah haluannya.
 Tingkah laku senyap kaunselor memberi peluang klien berfikir dan mencari jawapan
kepada persoalan dirinya dan dirinya sendiri juga yang tahu akan jawapanya.

Suasana Untuk Perkembangan Diri


1. Perhubungan Psikologi
2. Tahap Kebimbangan yang Minima
3. Keselarasan Kaunselor
4. Penerimaan Tanpa Syarat
5. Persepsi Klien

Posted by shafina mohamad at 21:39

Anda mungkin juga menyukai