Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


‫ َو َعَلى‬، ‫ َو الَّصَالُة َو الَّسَالُم َعَلى َاْش َر ِف اْلُمْر َس ِلنْي‬، ‫َاَحْلْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم نْي‬
‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬
‫آ َو َاْص َح اِب َاَمْج نْي‬.
Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala limpahan nikmat
dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan
diri bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Hospital Sultanah Maliha pada kali ini.

Allahuma Ya Allah..

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah lafaz ikrar yang akan kami lafazkan nanti,
akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja yang
berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam
menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan,
ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara maruah
bangsa dan Negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada hospital yang
kami kasihi ini.

Allahuma Ya Allah..

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji,
jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana semangat bekerjasama
dan persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi.
Terimalah segala hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana
yang engkau kehendaki.

Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami ini sentiasa di
dalam keadaan aman dan damai, makmur dan bahagia, sentiasa dianugerahi kebaikan dan
kebajikan, pemeliharaan dan penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang
dimakbulkan dan dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan
huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram dan bahagia di dunia
dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami
selepas ini, perpisahan yang diberkati dan dilindungi..

‫ َّبَنا آِتَنا يِف الُّد ا َنٍة‬. ‫َّبَنا َل َك َّك ْلَنا ِاَل َك َا َنا ِاَل َك اْل ِص‬
‫ْنَي َح َس‬ ‫َر َع ْي َتَو َو ْي َنْب َو ْي َم رْي َر‬
‫ َّلى اهللُ َلى َّم ٍد َلى آِلِه‬. ‫يِف اآلِخ ِة َنٍة ِقَنا َذ ا ا الَّناِر‬
‫َع َحُم َو َع‬ ‫َو َص‬ ‫َر َح َس َو َع ًب‬ ‫َو‬
،‫َو َاْص َح اِبِه َو َس َّلم‬
. ‫َو اَحْلْم ُد ِلَّلِه َر ِّب اْلَعاَلِم نْي‬

Anda mungkin juga menyukai