Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN MINGGU AKADEMIK

KEMAHIRAN HIDUP (PERTUKANGAN)


PPKI SMK DANAU KOTA, KUALA LUMPUR
1.0

PENGENALAN
1.1 Tajuk laporan
Program Minggu Akademik tahun 2016
1.2 Tarikh laporan
19 Mei 2016
1.3 Objektif laporan
1. Mencungkil bakat murid-murid melalui pertandingan yang dijalankan.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sepanjang aktiviti bagi rujukan
pada masa akan datang.

2.0

STATUS PERKARA YANG DILAPORKAN


2.1 Tujuan/Objektif
1. Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat
tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka.
2. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan
pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.
3. Mengenalpasti pelajar yang berminat dalam bidang pertukangan.
2.2 Pertandingan Menghasilkan kotak pelbagai guna
Tarikh
:
Bidang kemahiran:

19 Mei 2016 (Kemahiran aras tinggi)


Kerja kayu-Mencantum kepingan papan

Pertandingan ini dikendalikan oleh En Mohd Dasuki bin Husain


2.3 Senarai nama pemenang:
1. LEE KAH KHUIN
2. MUHAMMAD ZULFAKAR BIN BAHARIN
3. MOHD AMIRUL FASHYA BIN SHAMSUL RIZAL

3.0

ISU DAN MASALAH


Masa untuk menjalankan pertandingan perlu dipanjangkan bagi memberi peluang
kepada murid untuk menghasilkan kerja kayu yang lebih berkualiti.

4.0

Cadangan Penambahbaikan
Murid-murid perlu diberi motivasi untuk menyertai pertandingan anjuran Panitia
Kemahiran Hidup Pertukangan.

5.0

Rumusan
Program ini dapat membantu membangkitkan kesedaran pelajar dan seterusnya
memotivasikan mereka untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh bagi meminati
kemahiran hidup pertukangan.

Disediakan oleh:

(EN MOHD DASUKI BIN HUSAIN)


Ketua Panitia Kemahiran Hidup (Pertukangan)

LAMPIRAN

Penyampaian hadiah pada para pemenang

Anda mungkin juga menyukai