Anda di halaman 1dari 1

Sempena Majlis Sesaat Bersama Seabad Terasa yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon

kehadrat-Mu ya Allah agar Puan Hasnah binti Yusof diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang
berpanjangan, sihat walafiat yang berkekalan.

Di hari yang mulia ini, limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami semua.
Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan hari-hari
yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar Puan Hasnah dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk
meneruskan kerja beliau dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas serta rutin harian beliau
dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah ini agar dapat meneruskan tugas-
tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pendidikan
Malaysia serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Ya Allah, jadikanlah majlis kami ini sebagai satu majlis yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini
sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan
mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmatMu.

Anda mungkin juga menyukai