Anda di halaman 1dari 30

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB

SK KUALA
PILAH 2021
PENGENALAN

Israk dan Mikraj adalah di


antara peristiwa-peristiwa
penting berlaku dalam sejarah
Islam.Peristiwa ini disambut
pada bulan Rejab setiap tahun
untuk memperingati dan
mengambil
A Y A T AL-QURAN

“ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)


pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa
(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui . ”
DEFINISI
ISRAK ialah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada
waktu malam dari Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid
al- Aqsa di Baitul-Maqdis, Palestin. (1250km)

MIKRAJ ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari


Masjid Al-Aqsa naik ke langit hingga ke Sidratul-Muntaha
dan terus ke Hadziratul- Quds.
LATAR BELAKANG
Mengikut pendapat yang ma syhu r, peristiwa
I s r a k dan M i k r a j ini berlaku pada malam
Isnin, 2 7 R e j a b tahun k e 1 1 Kerasulan,
bersamaan dengan tahun 6 2 1 , k e t i k a N a b i
Muhammad berumur 51 tahun.

Peristiwa ini juga berlaku selepas “Tahun Dukacita”


iaitu setelah kewafatan isterinya, Khadijah dan bapa


saudaranya, Abu Talib.

 Sebelum peristiwa ini, Nabi dihina, dicaci dan


dicederakan di Taif ketika cuba menyebarkan dakwah
Islamiah di sana.
MENGAPA I S R A K DAN M I K R A J B E R L A K U ?

 S a l a h sa tu m u k j i z a t Nabi M u h a m m a d .

 S a l a h sa tu c a r a A l l a h m e n u n j u k k a n
kekuasaanNya.

 M e n g h i b u r d a n m e n e n a n g k a n h a t i Nabi
M u h a m m a d s.a.w.

 Nabi m e n e r i m a p e r i n t a h solat
P E R I S T I W A SEBELUM ISRAK

 Nabi Muhammad dibedah oleh Malaikat Jibril dan Mikail a.s.


untuk menyucikan hati. Ketika itu Nabi sedang tidur di Masjid
Al-Haram bersama Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.

 Setelah dibedah, seekor Buroq membawa Nabi untuk di


Israkkan.
TEMPAT-TEMPAT PERSINGGAHAN N A B I SEMASA I S R A K

1. Kota Toiyibah @ Yathrib (Madinah)- Tempat Nabi akan berhijrah


dan menegakkan negara Islam.

2. Madyan - Tempat Nabi Musa berteduh.

3. Bukit Tursina - Tempat Nabi Musa bermunajat dengan


Allah.

4. Baitul Laham – Tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.


B e b e r a p a Gambaran Yang D i pe r li ha t kan
K e p a d a Nabi Muhammad S.A.W. K e t i k a
Diisrakkan

1. Jin Afrit membawa obor dan mengejar Nabi dari belakang


dengan tujuan untuk menghalang perjalanannya.

• Setiap usaha kebaikan pasti ada halangan, gangguan dan


ujian.

• Musuh utama manusia ialah syaitan dan sekutunya.

• Manusia dilarang bersahabat dan mendekati syaitan dan


sekutunya.
2. Petani bercucuk tanam dan dapat memungut hasilnya
dengan segera tanpa henti-henti.

 Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang


berjihad pada jalanNYA dan suka bersedeqah.

 Orang yang buat kebaikan pasti akan menerima ganjaran dari


Allah

 Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang


halal dan membuat kebajikan.
3. Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah)
dan anaknya.

 Iman yang teguh perisai utama dari sebarang ujian dan


dugaan Allah

 Allah akan mengurniakan kepada orang yang berani


mempertahankan keimanan.

 Kemuliaan seseorang terletak di atas keimanan.


4. Manusia memecahkan kepalanya sendiri dengan batu.

 Balasan orang yang berat atau malas mengerjakan solat


fardu.

 Solat fardu ibadah yang wajib diutamakan bagi setiap Muslim.

 Setiap muslim mesti menjaga solatnya walau dalam keadaan


apa sekalipun.
5. Manusia makan duri daripada bara api.


Orang yang tidak mengeluarkan zakat akan diazab di
akhirat nanti.
 Zakat perludikeluarkan bagi orang yang telah cukup
syarat untuk kepentingan orang Islam.

 Zakat juga merupakan perisai orang Islam di


alam barzakh dan di akhirat.
6. Manusia makan daging busuk.
 Perbuatan zina adalah dosa besar dan azab yang menanti di
akhirat.
 Zina merosakkan institusi masyarakat.

 Zina, homoseks, lesbian dan seumpamanya boleh membawa


kepada pelbagai penyakit seperti AIDS, Siplis dan sebagainya.
7. Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan
batu.
punca penindasan dan kezaliman dalam masyarakat.

Orang yang mengamalkan riba termasuk pemberi,


penerima, pencatat dan saksi akan menerima azab
Allah.

Islam menggalakkan sifat tolong- menolong, bermuafakat dan


kasih- mengasihani dalam hidup bermasyarakat.
8. Kayu berduri mengait orang yang lalu.

Orang yang suka mengganggu atau menghalang


orang lain membuat kebajikan akan dibalas dengan
seksaan yang pedih.

Islam menggalakkan umatnya menjaga


ketenteraman awam.

Islam juga melarang umatnya membuang masa


dan membuat kerja yang tidak berfaedah.
9. Manusia yang tidak mampu mengangkat beban (kayu) yang
dipikul tetapi tetap terus ditambah.

 Siksaan yang pedih bagi orang yang menerima amanah tetapi


tidak melaksanakannya.

 Amanah mesti ditunaikan kepada orang yang berhak.

 Sikap tamak, pentingkan diri sendiri gila kuasa (pangkat)


adalah sifat yang dibenci oleh Allah. (murid yg ada jawatan)
10. Manusia yang menggunting lidah dan
bibirnya dengan gunting api neraka.

Islam mengutuk orang yang pandai bercakap 


tetapi tidak melaksanakan apa yang dicakapnya.

Orang Islam mestilah bercakap benar dan 


merealisasikannya.


Bercakap dusta adalah di
antara ciri- ciri orang munafik
11.Manusia yang mencakar muka dan
dadanya dengan kuku tembaga.

 Mengumpat adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi.


 Fitnah boleh merosakkan diri sendiri dan hubungan
masyarakat.

 Siksaan yang pedih kepada orang yang suka mengumpat


dan suka mendengarnya.
15. Orang tua yang menghalang di tengah jalan untuk mengemukakan
pertanyaan kepada Nabi Muhammad SAW

 Iblis sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal penat dan


putus asa untuk menggoda manusia dengan pelbagai cara.

 Setiap muslim mesti sentiasa berwaspada dengan tipu muslihat


syaitan.

Sikap istiqomah dalam ibadah dapat menyekat godaan syaitan.
16. Perempuan yang terlalu tua (bongkok) memanggil
Nabi Muhammad SAW untuk bertanya.

 Bumi telah terlalu tua, hampir berlakunya kiamat.

 Setiap Muslim hendaklah memanfaatkan masa


dengan kerja yang berfaedah di dunia dan akhirat.

 Membanyak dan menyegerakan taubat kepada


Allah dan memohon maaf sesama manusia.
P e r i s t i w a - p e r i s t i w a yang
d i alam i ol eh Na b i
Muhammad Saw k e t i k a
dimikrajkan.
1. Menemui para Nabi dan malaikat yang menyambut
kedatangannya dengan penuh penghormatan dan kemuliaan
pada setiap pintu langit yang dilaluinya serta mendoakan
untuknya.

Di antara Nabi-nabi yang ditemui oleh Baginda ialah :

 Langit Pertama – Bertemu dengan Nabi Adam a.s.


 Langit Kedua – Bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
 Langit Ketiga – Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
 Langit yang Keempat – Bertemu dengan Nabi Idris a.s.
 Langit yang Kelima – Bertemu dengan Nabi Harun a.s.
 Langit yang Keenam – Bertemu dengan Nabi Musa a.s.
 Langit yang Ketujuh – Bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
2. Setelah melalui lapisan langit yang ketujuh,
Nabi Muhammad melihat pelbagai
keajaiban sehingga Baginda dibawa ke
Sidratul-Muntaha. Di sini Nabi dapat melihat
rupa Malaikat Jibrail a.s. yang sebenar.

3. Nabi Muhammad s.a.w. juga dibawa


melihat syurga yang mempunyai 8 tingkat
dan neraka 7 tingkat serta penghuni-
penghuninya. Nabi melihat kebanyakan
ahli syurga terdiri dari orang-orang
miskin.Manakala neraka kebanyakan
terdiri dari kaum wanita.
4. Nabi terus diMikrajkan sehingga ke
“Mustawa” hingga Nabi mendengar
“Qalam” yang menulis di Luh- Mahfuz.
Seterusnya naik hingga ke Arasy dan di
sinilah Nabi bermunajat dengan Allah.

5. Kemuncak dari Israk dan Mikraj ini adalah


kefarduan ibadah solat. Pada mulanya
sebanyak 50 waktu, tetapi atas nasihat Nabi
Musa a.s. , Nabi berulang- alik menemui
Allah, akhirnya solat fardu hanya tinggal 5
waktu sehari semalam sahaja yang
difardukan kepada umat Nabi Muhammad
s.a.w.
PENGAJARAN
DARIPADA PERISTIWA
ISRAK DAN MIKRAJ
1. Peristiwa ini adalah bukti kebesaran, keagungan dan kekuasaan
Allah yang boleh melakukan sesuatu dengan qudrat dan iradatNya
yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan
kepada umatnya.

2. Solat ialah satu-satunya ibadah yang diwahyukan secara langsung


kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu solat merupakan tunggak
segala ibadah dan sebagai penentu penerimaan amalan-amalan
lain.

3. Peristiwa ini juga menguji keimanan manusia sama ada menyakini


tentang apa yang disampaikan oleh Nabi atau menolaknya.

4. Gambaran-gambaran yang dipaparkan dalam peristiwa ini banyak


yang boleh dijadikan pengajaran supaya manusia menjauhkan
maksiat dan sifat-sifat mazmumah (terkeji) dan mengerjakan
perintah Allah serta mengamalkan sifat-sifat mahmudah (terpuji)
dalam kehidupan seharian. Ganjaran yang besar bagi orang yang
beriman dan siksaan yang pedih bagi mereka yang ingkar.

5. Setiap Muslim hendaklah melakukan “Tazkiyatul-Nafs” iaitu penyucian


jiwa dan hati dengan solat, zikrullah, membaca Al-Quran,
infaq harta, muhasabah, mengingati mati dan sebagainya.
K ESIM PU LA N

Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas Nabi Muhammad


s.a.w. adalah suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan
kebenarannya. Sebagai seorang Muslim yang ‘committed’ dengan
ajaran Islam, kita menyakini peristiwa ini dan menjadikannya sebagai
suatu cara untuk membuat ‘muhasabah’ diri dalam hidup kita.
Semoga dengan cara ini kita tidak akan tergolong dalam golongan
mereka yang lalai dan hanyut dengan keduniaan hingga
mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia yang
fana ini.
SOALAN K U I Z
1. S e b u t k a n n a m a s u r a h d a r i Al-Qura n yang m e n c e r i t a k a n tentang
kisah I srak & Mikraj?

2. Nabi a p a yang telah di I s r a k da n M i k r a j oleh Allah?

3. W a k t u bila Nabi M u h a m m a d di I s r a k k a n ?

4. I s r a k ialah perjalanan Nabi Muhammad pada w a k t u malam


dari Masjid Al-Haram k e … … ?

5. B u l a n apa Nabi M u ha m m a d di I s r a k dan M i k r a j k a n oleh Allah


Taala?

6. Apakah nama tunggangan Nabi Muhammad SAW semasa Israk dan


Mikraj?

7. Sebutkan nama malaikat yang m en ema ni Nabi semasa p e ri st i w a


I s r a k dan Mikraj?

8. A p a k a h tujuan Allah mengisrak mikrajkan Nabi Muhammad?


SOALAN K U I Z
1. Berapakah jumlah rakaat solat mula-mula Allah Fardukan kepada
umat Nabi Muhammad SAW?

2. Apakah pengajaran dari peristiwa Israk dan mikraj?

3. Sebutkan 3 nama Nabi yang ditemui oleh Nabi


Muhammad SAW ketika Mikraj?

4. Ada berapa tingkat Syurga dan neraka?

5. Sebutkan satu gambaran yang Nabi Muhammad lihat semasa


peristiwa Israk?

6. Dimanakan Nabi Muhammad SAW berjumpa Allah untuk menerima


perintah solat fardu?

7. Kenapa Nabi Muhammad bersedih sehingga tahun tersebut


disebit ‘Tahun Dukacita’?
SEKIAN, TERIMA KASIH.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT


PENGAJARAN DAN PENGIKTIBARAN DARI
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
.TERSEBUT

Ustaz Mohammad Shayzreen bin Roslan

Anda mungkin juga menyukai