Anda di halaman 1dari 4

PERINCIAN TEKS DAIE CILIK SKKP 2021

KSSR Pendidikan Islam Tahun 4


BIDANG : ADAB
6.4 Merumus adab terhadap guru yang
menepati syarak dan mengamalkannya
TEMA : KASIH SAYANG secara beradab dan istiqamah.

TAJUK : HORMATI GURU, SAYANGI GURU

‫هللَا ُ ْال َكافِى َربُنَا ْال َكافِى‬


Allahul kaafii rabbunal kaafi
‫ص ْدنَا ْال َكافِى َو َج ْدنَا ْال َكافِى‬ Muqadimah
َ َ‫ق‬
Qashodnal kaafi wajadnal kaafi
‫اف َكفَانَا ْال َكافِى‬ ٍ ‫لِ ُك ِل َك‬ 2x
Likullin kaafi kafaa nal kaafi (Kemahiran
ِ ‫َونِ ْع َم ْال َكافِى اَل َح ْم ُد هلِل‬ Bernasyid)
Wa ni’mal kaafi Alhamdulillah

Muda mudi di ini zaman


Bukan tak pandai pengetahuan
Ilmu dan adab ditinggalkan
Sehingga diri bagaikan haiwan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

‫ص ْحبِ ِه‬ ِِ ِ ِ ِ ِّ ‫هلل ر‬ ِ Hamdalah &


َ ‫الساَل ُم َعلَى َر ُسول الْمني * َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫ني * َوالصَّاَل ةُ َو‬
َ ‫ب الْ َعالَم‬ َ ‫احْلَ ْم ُد‬ Selawat
‫اَمْج َعِني‬.

Menghormati dan menyayangi guru merupakan amalan mulia Isi Utama

kerana guru ialah individu yang berjasa kepada kita semua.

Kemahiran
Bersyarah
Kawan-kawan dan sidang hadirin tahu apa makna guru?
Bagus ! Guru ialah orang yang mengajar dan mendidik, disebut
juga sebagai pendidik, pengajar dan pembentuk akhlak.

. ‫الر ِج ِيم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫َأعُوذُ ب‬
Kemahiran
ۡ‫سواٗل ِّم ۡن ُهمۡ يَ ۡتلُو ْا َعلَ ۡي ِهمۡ َءا ٰيَتِ ِۦه َويُ َز ِّكي ِهم‬
ُ ‫ث فِي ٱُأۡل ِّم‍يِّ َۧن َر‬
َ ‫ُه َو ٱلَّ ِذي بَ َع‬ Bertarannum
ٰ َ ‫ب و ۡٱل ِح ۡكمةَ و ن َكانُو ْا ِمن قَ ۡبل لَفِي‬
٢‫ين‬ ٖ ِ‫ضلَ ٖل ُّمب‬ ُ ‫َ َ ِإ‬ َ َ َ‫َويُ َعلِّ ُم ُه ُم ۡٱل ِك ٰت‬
Surah Al-Jumuah : ayat 2
Dalil Al-Quran

Maksudnya : « Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-


orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari
Terjemahan
bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat
Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam Sumber

mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum


(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. »
Kupasan Dalil
Surah Al-Jumuah : ayat 2

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa tugas dan peranan seorang
guru itu ialah mengajarkan ilmu pengetahuan serta membentuk akhlak
dan peribadi terpuji kepada anak didiknya.

Kawan-kawan… Huraian Isi

Kita wajib menghormati dan menyayangi semua guru kita di sekolah.

“Eh, Azim jom kamu tolong cikgu Siti bawa buku-buku ke bilik guru? Pengalaman

“Kenapa pula kena tolong? Cikgu Siti bukan pernah mengajar kita
pon...”
Ish… Ish… Ish… tak boleh macam tu kawan-kawan.. Sikap Azim tidak Kemahiran
boleh kita contohi… Berlakon

Ingat ya, kawan-kawan! Semua guru di sekolah adalah guru kita sama
ada pernah mengajar kita ataupun tidak.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati dan sayangi selepas
ibu bapa. Ini kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka.
Kemahiran
Berpidato
Merekalah yang mendidik, menjaga, memberi nasihat dan tempat kita
mengadu masalah sepanjang kita berada di sekolah.

Mari kita ambil contoh dari bait-bait hasil nukilan Usman Awang ini.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Kemahiran


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Bersajak
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara Kupasan Sajak
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Jika dikaji sejarah semua individu yang berjaya pada hari ini, semuanya
adalah hasil daripada jerih-perih, didikan dan pengorbanan insan yang
bergelar GURU.

Hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyebarluaskan peranan


guru-guru dalam mendidik murid-murid semasa pandemik covid-19
dengan menyediakan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai Isu Semasa
DidikTV KPM telah bersiaran mulai 17 Februari ini dari jam 7 pagi hingga
12 tengah malam setiap hari. Program ini, dilaksanakan secara sukarela
oleh guru-guru demi memastikan kelangsungan proses pendidikan.

Begitulah kawan-kawan bicara saya, Semoga beroleh manfaat bersama. Kesimpulan


(Penutup)

Kemahiran
Pergi ke hutan hendak berburu, Jiwa derita batin merana,
Berpantun
Pulang ke rumah singgah di kota, Kenangan silam tiada ceria,
Kalau kita sayangkan guru,  Guru pelita penerang buana,
Jagalah adab dan tutur kata. Menyuluh kelam dengan cahaya.

HORMATI DAN SAYANGILAH GURU-GURU KITA !


Salam

Penutup
Sekian.

Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai